Selepas tewas dalam acara berpasukan lelaki di tempat sendiri dua tahun lepas, skuad skuasy negara memastikan tidak melakukan kesilapan yang sama kali ini di Kelab Polo Manila, dengan kedua-dua pasukan lelaki dan wanita mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam perlawanan round robin untuk merangkul pingat emas, pada Isnin.
Pasukan lelaki, yang kecewa dengan hanya memperoleh gangsa di Sukan SEA Kuala Lumpur selepas tewas dalam separuh akhir kepada Filipina pada edisi 2017, memastikan mereka tidak terlepas lagi emas dan menewaskan Indonesia 3-0 dalam perlawanan terakhir untuk muncul juara dengan lapan mata maksimum.
Juara perseorangan lelaki Addeen Idrakie mendapatkan mata pertama dengan mengalahkan Agung Willant 11-8, 11-2, 11-3, sementara Darren Rahul Pragasam, yang memperoleh gangsa dalam acara perseorangan selepas kecundang kepada Robert Garcia dari Filipina, memperkemaskan teknik permainan kali ini untuk menewaskan Muhammad Faisal 11-5, 11-9, 11-5.
Pemain berusia 22 tahun negara, Ryan Pasqual membelasah Rahmad Diyanto 11-6, 11-2 dan 11-3 untuk merampas kembali pingat dari Singapura dengan lapan mata penuh (empat perlawanan x dua mata), sementara juara bertahan, Singapura memperoleh gangsa bersama Indonesia.
Tuan rumah, Filipina membawa pulang perak selepas menewaskan Singapura 2-1.
"Saya rasa amat gembira hari ini selepas apa yang berlaku dalam Sukan SEA lepas dan mendapat pingat gangsa dalam acara perseorangan kali ini. Setiap pemain menyokong satu sama lain dan prestasi pasukan menjadi mantap," kata Darren kepada pemberita selepas perlawanan.
Sementara itu pasukan wanita mempertahankan emas buat kali kedua berturut-turut, dengan menumbangkan Singapura 3-0, juga dengan lapan mata penuh daripada empat perlawanan round robin.
Juara perseorangan wanita Rachel Arnold membuat permulaan yang baik untuk pasukan negara dengan menewaskan pemain Singapura, S.Sneha 11-5, 11- 6 dan 11-3 dalam usahanya mendapatkan emas dalam acara berpasukan.
Pemain berusia 19 tahun, Wen Li Lai bangkit daripada kekalahan set pertama 10-12 untuk menundukkan Sherilyn Yang Huixian 11-6, 11-3, 11- 4 sementara Ooi Kah Yan memastikan dua mata buat negara dengan tidak memberi peluang kepada Yukino Tan dengan kemenangan selesa 11-5, 11-7, 11-8.
"Pencapaian besar buat kami, membawa kemenangan untuk Malaysia amat bermakna kepada saya. Saya rasa agak gementar dan pukulan tidak menjadi, pada set kedua rakan sepasukan dan jurulatih menasihatkan saya supaya bertenang dan fokus, kemudian saya berjaya mendapatkan rentak," kata Li Lai. Singapura sekali lagi hanya membawa pulang perak, sementara Filipina dan Indonesia memperoleh gangsa.
Skuad skuasy Malaysia berjaya dalam misi mereka di Sukan SEA selepas memperoleh empat daripada lima emas yang ditawarkan menerusi acara perseorangan serta berpasukan lelaki dan wanita. Malaysia tidak menyertai acara berpasukan campuran
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 09 2019
Atlet skuasy negara, Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar. - Foto BERNAMA
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Skuasy sumbang dua lagi emas dalam acara berpasukan
Kedua-dua pasukan lelaki dan wanita mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam perlawanan round robin untuk merangkul pingat emas, hari ini.