awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SOJC: Peluang M'sia pertahan kedudukan ketiga musnah

Bernama
Bernama
04/11/2016
23:29 MYT
SOJC: Peluang M'sia pertahan kedudukan ketiga musnah
Pemain Malaysia Mohamad Rozani Baharom cuba mengatasi penjaga gol Jepun Hiroki Nakagami pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor (SOJC) 2016 di Stadium Hoki Taman Daya. - Foto Bernama
Peluang skuad hoki remaja negara untuk mempertahankan kedudukan di tempat ketiga pada edisi lepas berkecai, selepas tewas 1-2 kepada Jepun pada hari keempat Kejuaraan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) 2016 di Stadium Hoki Taman Daya, di sini malam tadi.
Skuad remaja negara bermula garang apabila Mohamad Rozani Baharom membuka jaringan menerusi gol padang pada minit ke-15.
Usaha pemain tengah, Rafizul Ezry Mustafa menggandakan jaringan pada minit ke-17 melalui gerakan di dalam kawasan D, bagaimanapun dinafikan penjaga gawang Jepun, Hiroki Nakagami.
Sebaliknya, pasukan pelawat bangkit memperkemaskan serangan dan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi pukulan sudut penalti Miyu Tanimitsu pada minit ke-27.
Bersambung babak kedua perlawanan, Miyu Tanimitsu mengesahkan kemenangan pasukan pelawat menerusi pukukan sudut penalti pada minit ke-63.
Malaysia dijadual menentang New Zealand dalam perlawanan pelengkap jadual, pada 8.30 malam esok. -- Bernama
Topic Berkaitan
#hoki
#Kejuaraan Hoki Piala Sultan Johor
#Malaysia kalah
#SOJC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan