awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Spekulasi perpindahan: PSG, City jadi destinasi pilihan Messi?

Astro Arena
Astro Arena
06/08/2021
23:49 MYT
Spekulasi perpindahan: PSG, City jadi destinasi pilihan Messi?
Adakah Lionel Messi akan ke Paris, Manchester atau bekas penyerang Barcelona ini sudah ada destinasi lain? - Astro ARENA
KE MANA hala tuju pemain terbaik dunia, Lionel Messi?
Barcelona secara mengejut mengumumkan bahawa Messi telah meninggalkan mereka, sekali gus meningkatkan spekulasi mengenai masa depan penyerang itu.
Adakah dia akan ke Paris, Manchester atau sudah ada destinasi lain?
Paris Saint-Germain (PSG) dan Manchester City dikhabarkan akan menjadi pilihan utama buat Messi.
Wartawan Sukan terkenal, Fabrizio Romano, berkata pasukan gergasi Perancis, PSG, sudah mula mengadakan perbincangan dengan wakil Messi dan dilihat sebagai pasukan pilihan untuk mendapatkan khidmat kapten Argentina itu.
Cuma, yang menjadi persoalan kini adalah sama ada PSG mampu menampung pengambilan Messi atau tidak selepas pembelian besar-besaran mereka dalam jendela perpindahan kali ini.
Turut mengalami keadaan sama adalah City, yang baru sahaja melengkapkan perpindahan £100 juta (RM587.22 juta) Jack Grealish pada Jumaat.
BACA: Barcelona terpaksa lepaskan khidmat Messi
BACA: Lionel Messi kini ejen bebas
BACA: Spekulasi perpindahan: Barca sedang sediakan kontrak baru Messi
Bagaimanapun, peluang untuk melihat Messi kembali bergandingan dengan Pep Guardiola terlihat masih ada, lebih-lebih lagi sekiranya Tottenham enggan melepaskan Harry Kane kepada City.
Perpindahan ke Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) juga mempunyai kemungkinan walaupun Messi dijangka akan kekal di Eropah untuk sekurang-kurangnya bagi beberapa tahun ini.
A reunion with Guardiola now looks likely. https://t.co/qeJtwtXp3b
— MARCA in English (@MARCAinENGLISH) August 5, 2021
Topic Berkaitan
#hala tuju
#Lionel Messi
#perpindahan
#spekulasi
#barcelona
#Fabrizio Romano
#Manchester City
#PSG
#Paris Saint-Germain
#MLS
#Liga Utama Amerika Syarikat
#Pep Guardiola
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan