awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Status Kelantan FC sertai Liga A1 diketahui esok

Bernama
Bernama
13/05/2024
10:30 MYT
Status Kelantan FC sertai Liga A1 diketahui esok
Status penyertaan Kelantan FC dalam saingan semi-pro Liga A1 2024 yang merupakan nafas baharu kepada saingan Liga M3 bermula Jun depan akan diketahui esok.
PETALING JAYA: Status penyertaan Kelantan FC dalam saingan semi-pro Liga A1 2024 yang merupakan nafas baharu kepada saingan Liga M3 bermula Jun depan akan diketahui esok.
Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Operasi Liga Bolasepak Amatur (AFL) Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad selepas Kelantan gagal melengkapkan prosedur pendaftaran pemain pada tarikh akhir sebelum ini iaitu Rabu lepas.
Beliau berkata skuad 'The Red Warriors' kemudian memohon lanjutan masa hingga hujan bulan ini, namun AFL menetapkan pada esok.
"Kalau ikutkan sebelum ini tarikh akhir yang diberikan kepada mereka (Kelantan) untuk mendaftar minimum 20 pemain pada 8 Mei lepas, namun terdapat perbincangan dan Kelantan minta sedikit penangguhan beserta bukti mereka sedang berusaha ke arah itu.
"AFL memberi tempoh lanjutan hingga esok untuk apa yang kita minta pada 8 Mei lepas," katanya ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan AFL bersama Kelme dan Pelancaran Bola Rasmi Liga A1 di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini hari ini.
Pada masa sama, Mohd Raimi berkata pihaknya juga bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk saingan liga berkurang kepada 15 pasukan.
Awal tahun ini, Kelantan menerima tamparan selepas tidak layak bertanding dalam saingan Liga Super 2024/2025 selepas gagal memperoleh Lesen Kebangsaan, Januari lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan FC
#Liga AI
#semi-pro
#AFL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan