awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suarez lega Barca teruskan rekod tanpa kalah

Astro Arena
Astro Arena
18/04/2018
02:22 MYT
Suarez lega Barca teruskan rekod tanpa kalah
SUAREZ: Saya fikir dalam babak kedua kami mendominasi sehingga pemain kami mendapat kad merah. - Foto Astro ARENA
BARCELONA 2 CELTA VIGO 2
Denis Suarez mengakui Barcelona bernasib baik dapat mengekalkan rekod tanpa kalah apabila seri 2-2 dengan Celta Vigo dalam LaLiga di Balaidos​, awal pagi tadi.
Barca memimpin perlawanan dua kali menerusi Ousmane Dembele dan Paco Alcacer walaupun jurulatih, Ernesto Valverde, membuat perubahan, dengan perhatian tertumpu kepada perlawanan akhir Copa del Rey menentang Sevilla, awal pagi Ahad ini.
Lionel Messi turun sebagai pemain simpanan tidak lama sebelum Alcacer menemui gol pada 64 minit dan pada masa yang sama Sergi Roberto diperkenalkan, tetapi kemudiannya dibuang kerana menarik Iago Aspas.
Penyerang Sepanyol, Aspas, menemui gol penyamaan kali kedua buat Celta dalam tempoh lapan minit dan tuan rumah memberi tekanan untuk memburu kemenangan ketiga ke atas Barca di Balaidos dalam banyak musim.
"Celta sentiasa mencipta banyak peluang dan bermain dengan ramai pemain (dalam serangan)," Suarez memberitahu wartawan.
"Saya fikir dalam babak kedua kami mendominasi sehingga pemain kami mendapat kad merah. Dan ia benar bahawa mereka mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol ketiga.
"Nasib baik ia tidak berlaku, kami masih belum tertewas dan semakin hampir dengan LaLiga (gelaran). Kami perlu diberikan pujian kerana meneruskan rekod tidak tertewas pada ketika ini. Ia merupakan pencapaian yang luar biasa."
"Apabila banyak masa berlalu ia sentiasa sukar. Gol saya adalah untuk kejayaan di sini dan terus mencuba."
Topic Berkaitan
#barcelona
#bola sepak
#Celta Vigo
#denis suarez
#Lionel Messi
#simpanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan