SEPANG: Pemain sayap negara, Muhammad Safawi Rasid merasakan keharmonian dalam pasukan mendorong skuad Harimau Malaya meraih keputusan memuaskan berdepan dua pasukan di ranking lebih tinggi pada kejohanan Piala Raja Thailand di Chiang Mai baru-baru ini.
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu secara peribadi berpandangan, pemain yang dipanggil menyertai pasukan negara kali ini berjaya mewujudkan suasana harmoni sekali gus memberi impak kepada prestasi pasukan sewaktu menentang Thailand dan Tajikistan.
"Saya rasa panggilan kali ini lebih membentuk pasukan harmoni supaya suasana itu dibawa di padang. Saya nampak semua pemain ada hubungan baik dan sebab itu kita dapat keputusan baik," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), malam tadi.
Pada kejohanan Piala Raja Thailand, Ketua Jurulatih Kim Pan Gon mengekalkan 17 daripada 23 pemain yang telah membawa Malaysia layak ke Piala Asia 2023 dan menyenaraikan lapan pemain baharu termasuk tiga pemain muda berusia 21 tahun dari skuad Bawah 23 Tahun (B-23).
Pada kejohanan itu, Malaysia mara ke final dengan menewaskan pasukan tuan rumah 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas aksi 90 minit berakhir dengan keputusan 1-1 di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai Khamis lepas.
Pada aksi final berdepan Tajikistan Ahad lepas, skrip berbeza berlaku apabila Malaysia pula terpaksa akur tewas 0-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan sekali gus kempunan menamatkan kemarau 44 tahun menjadi juara.
Thailand dan Tajikistan masing-masing turun ke kejohanan itu sebagai pasukan di ranking ke-111 dan ke-109 dunia manakala Malaysia di kedudukan ke-148.
Justeru, secara keseluruhan Muhammad Safawi yang dilantik sebagai seorang daripada ketua pasukan, berpuas hati dengan dua keputusan seri dicatat skuad Harimau Malaya dalam aksi 90 minit kerana ia memberi penambahan mata dalam kedudukan ranking.
"Kalau cakap mengenai prestasi peribadi saya tidak puas hati sebab saya benci kepada kekalahan, itu menandakan saya kena perbaiki lagi," kata pemain berusia 25 tahun itu.
Sementara itu, mengulas mengenai kecaman peminat ke atas rakan sepasukannya Mohamadou Sumareh susulan persembahan hambar, Muhammad Safawi berkata, ia tidak sepatutnya berlaku kerana bola sepak adalah sukan berpasukan. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 27 2022
Muhammad Safawi berpendapat, keharmonian dalam pasukan mendorong skuad Harimau Malaya meraih keputusan memuaskan berdepan dua pasukan di ranking lebih tinggi pada kejohanan Piala Raja Thailand di Chiang Mai baru-baru ini. - Gambar BERNAMA
MOTS bekerjasama dengan pelbagai agensi selesaikan kes penumpang terkandas
Kementerian pengangkutan Sarawak (MOTS) akan terus bekerjasama dengan beberapa agensi dalam menyelesaikanisu penumpang terkandas akibat pembatalan penerbangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Letusan Gunung Ruang: Penduduk bergejala pernafasan diminta dapatkan rawatan segera
Pengarah JKNS Datuk Dr, Asits Sanna meminta orang ramai yang memiliki tanda dan gejala pernafasan agar segera mendapatkan rawatan kerana dibimbangi tersedut debu Gunung Berapi Ruang.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kanak-kanak dua tahun lemas dalam tasik berhampiran masjid
Mangsa terjatuh ke dalam tasik berdasarkan maklumat diperoleh daripada keluarga mangsa yang berada di masjid itu untuk menunaikan solat Zuhur.
Pusat Jantung Negara akan diwujudkan di Sabah dengan peruntukan segera RM80 juta - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan segera RM80 juta bagi menaik taraf Hospital Queen Elizabeth II kepada Hospital Pakar Jantung.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Ekonomi Sabah di landasan tepat - Hajiji
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan GRS berjaya meletakkan Sabah di landasan betul dengan pertumbuhan positif ekonomi negeri itu sejak tiga tahun lalu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Pelajar perlu jelaskan status kesihatan sebelum sertai aktiviti sekolah - JPNS
JPNS memohon pelajar untuk menjelaskan status kesihatan masing-masing kepada pihak sekolah sebelum menyertai sebarang program di dalam dan luar bilik darjah terutama melibatkan aktiviti fizikal.
AWANI Ringkas: Lebih 34,000 nyawa rakyat Palestin terkorban
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Waspada taktik 'scammer' guna nama pegawai Kementerian Komunikasi
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.