BIRMINGHAM: Hari keenam temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang berlangsung pada Rabu (3 Ogos), menyaksikan suasana suram buat kontinjen negara tanpa sebarang kutipan pingat.
Dua wakil negara yang beraksi di pentas final dalam acara angkat berat dan olahraga gagal menyumbangkan pingat kepada Malaysia, sekali gus menyaksikan pungutan pingat keseluruhan kekal dengan tiga emas, dua perak dan tiga gangsa.
Pada saingan akhir Rabu, Muhammad Hafiz Shamsuddin gagal meneruskan kecemerlangan skuad angkat berat apabila menamatkan cabaran dalam kategori 109 kilogram (kg) lelaki di tempat ke-10 daripada 11 peserta.
Acara angkat berat yang berakhir Rabu, menyaksikan pasukan negara menamatkan cabaran pada edisi Birmingham dengan kutipan dua pingat emas dan satu perak, mengatasi pencapaian dua emas dan satu gangsa di Sukan Komanwel Gold Coast 2018.
Sementara itu, jaguh lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa berdepan aksi mengecewakan di Stadium Alexander di sini, apabila menjadi atlet pertama tersingkir daripada 13 peserta yang bersaing dalam acara final lompat tinggi lelaki, sekali gus menduduki tangga tercorot.
Skuad renang pula menamatkan cabaran di temasya kali ini, tanpa sebarang pingat selepas satu-satunya wakil negara Arvin Shaun Singh Chahal yang bertanding pada hari terakhir acara renang Rabu, gagal untuk berada dalam kelompok lapan terbaik ke final acara 200 meter (m) lelaki individu rampaian.
Selepas berakhir hari keenam, Australia masih gah dalam kedudukan pungutan pingat setelah mengumpul 46 emas, 38 perak dan 39 gangsa, diikuti tuan rumah, England 38-37-28, sementara Kanada merampas kedudukan ketiga dari New Zealand selepas mengutip 16-20-21.
Memasuki hari ketujuh temasya Khamis, kontinjen negara mengharapkan angkatan terbaik daripada jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin bagi menghadiahkan emas, sekali gus mencipta sejarah memenangi pingat emas pertama Malaysia dalam acara itu pada temasya Sukan Komanwel.
Di Sukan Paralimpik Tokyo, tahun lepas, Bonnie mencipta sejarah menjadi atlet pertama negara memenangi emas di temasya berkenaan selepas mengungguli kategori 72kg dengan angkatan 228kg sekali gus memperbaharui rekod temasya.
Bonnie yang berasal dari Sarawak adalah pemegang rekod dunia dalam kategori sama dengan angkatan 230kg.
Tumpuan juga pasti terarah kepada ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg, yang akan turun beraksi dalam acara 10 meter (m) platform wanita, bermula dengan pusingan kelayakan dan seterusnya final.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 04 2022
Ketua Kontinjen Malaysia Datuk Shahrul Zaman Yahya melihat Bonnie melakukan persiapan menjelang Sukan Komanwel Birmingham 2022, ketika membuat lawatan di Pusat Kecemerlangan Paralimpik, Kuala Lumpur, 29 Jun 2022. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.
Tiga badang negara mungkin tidak sertai Sukan SEA Kemboja
Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat memberikan bayangan bahawa tiga badang negara, berkemungkinan tidak akan menyertai Sukan SEA Kemboja 2023.
Atlet Selangor cemerlang di Sukan SEA, Komanwel 2022 terima insentif
Insentif disampaikan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu majlis di Istana Alam Shah.
Joe Ee mahu fokus pada pelajaran, janji tampilkan aksi terbaik di Sukan Asia
Gimnas berusia 16 tahun itu berkata beliau tetap akan bekerja keras dan berlatih bersungguh-sungguh untuk Sukan Asia.
Biar Tze Yong berjaya dengan caranya sendiri - Choong Hann
Ada pihak mungkin berpendapat atlet itu sudah bersedia untuk 'mencabar' jaguh perseorangan Lee Zii Jia.
Senarai pemenang pingat Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022
Disenaraikan nama-nama pemenang pingat bagi kontinjen Malaysia di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Selamat tinggal Birmingham, kita jumpa di Victoria
Dame Louise Marin menyifatkan Birmingham 2022 sebagai 'berani, menguja dan cemerlang' dan memberikan pujian kepada semua atlet.
Sukan Komanwel: Tidak mahu leka dengan kejayaan hari ini - Pearly
Mereka masih mempunyai ruang untuk diperbaiki walaupun berjaya menyumbang pingat emas ketujuh Malaysia.
Sukan Komanwel: Perjuangan membanggakan, Malaysia perbaiki kedudukan keseluruhan
Malaysia menamatkan saingan di kedudukan 10 sekali gus memperbaiki kedudukan di tempat ke-12 pada edisi 2018.
Beri peluang muka baharu, rombak program latihan - MOM
Kebergantungan kepada atlet sedia ada pada temasya sukan empat tahun sekali itu perlu diubah.