KETUA jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan, mahu pasukannya mengambil iktibar daripada kekalahan 1-3 kepada Kedah Darul Aman FC dalam perlawanan Liga Super di laman sendiri pada Jumaat.
Selain masalah kecederaan, Zainal Abidin berasakan jaringan kedua yang diperoleh pasukan Lang Merah itu hadir terlalu mudah dan meruntuhkan semangat pemainnya sehingga gagal bersaing ke penghujung permainan.
"Kami mempunyai ramai pemain yang cedera dan digantung, jadi ia menjejaskan kesebelasan utama.
"Bagi saya, mereka tetap dapat menunjukkan satu keyakinan yang tinggi dalam pasukan, terutama dalam babak pertama dan sepanjang 20 minit pertama separuh masa kedua.
"Tetapi kami mula jatuh apabila mereka memperoleh gol kedua dan ia tidak sepatutnya berlaku.
"Ia benda sama yang telah ditegur berulang kali, jadi pemain harus mengambil iktibar dan semangat baru untuk tidak memberikan peluang yang mudah buat lawan," katanya.
Dalam aksi di Stadium Hang Jebat pada Jumaat, pelawat terlebih dahulu di depan menerusi jaringan penalti Kpah Sherman susulan bola terkena tangan pemain import Melaka, Jang Suk-won, seawal minit ke-18.
Melaka kemudian kembali menyamakan kedudukan, juga menerusi sepakan penalti yang disudahkan Stefan Nikolic selepas Renan Alves menjatuhkan Manny Ott.
Kedah, bagaimanapun memastikan kemenangan milik mereka menerusi gol peribadi kedua Sherman pada minit ke-62 dan jaringan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar, pada penghujung permainan.
Astro Arena
Sat May 01 2021
ZAINAL ABIDIN: Pemain harus mengambil iktibar dan semangat baru untuk tidak memberikan peluang yang mudah buat lawan. - Astro ARENA
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Aksi Melaka United, KL City tergendala kerana gangguan elektrik
Aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2021 antara Melaka United FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Hang Jebat, tergendala berikutan gangguan bekalan elektrik.
MUSA akan pastikan Melaka United dapat guna logo baharunya secara sah
Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) akan berusaha, termasuk melalui saluran undang-undang, untuk memastikan logo baharu Melaka United yang dilancarkannya Sabtu lalu, dapat digunakan.
Selesaikan kemelut kewangan MUSA antara fokus Presiden baharu
Kaedah itu turut diguna pakai pada semua peringkat lain termasuk Piala Presiden dan sebagainya supaya kemelut kewangan tidak berlaku lagi dan memastikan kebajikan semua pemain dapat dijaga.
Zainal Abidin jurulatih baharu Melaka United
Bekas pemain kebangsaan era 80 dan 90an, Zainal Abidin Hassan diumumkan sebagai Ketua Jurulatih baharu, bagi membimbing pasukan Melaka United mengharungi musim 2019.
Aksi Melaka-Perak berlangsung tanpa kehadiran penyokong
Keputusan daripada FAM itu ekoran insiden kekecohan yang ditimbulkan oleh penyokong Perak FA pada salah satu saingan Liga Super di Ipoh, musim lalu.
Persiapan Melaka United pada tahap 99 peratus
Pasukan Melaka United (MU) berada pada tahap 99 peratus dari segi persediaan pemain, pengurusan pasukan dan teknikal bagi menghadapi cabaran Liga Super musim ini.
Usah terlalu gopoh dalam Liga Super - Amri Yahyah
Amri Yahyah mahu skuad Melaka United tampil lebih tenang untuk menghadapi cabaran Liga Super 2017 kerana ada yang masih kurang berpengalaman beraksi di pentas tertinggi itu.