KUALA LUMPUR: Acara berpasukan lelaki menjadi taruhan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi menjelmakan kilauan pingat emas pada temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China, dari 23 Sept hingga 8 Okt ini.
Bagaimanapun, skuad negara tidak akan menyertai acara berpasukan wanita tetapi sebaliknya acara perseorangan dan beregu wanita, demikian menurut Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria ketika mengumumkan senarai nama pemain menggalas cabaran negara di Hangzhou.
Beliau berkata BAM akan mempertaruhkan skuad terkuat bagi acara berpasukan lelaki disertai jaguh perseorangan profesional, Lee Zii Jia, Ng Tze Yong, Leong Jun Hao, Cheam June Wei manakala acara beregu dibarisi gandingan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Goh Soon Huat-Chen Tang Jie.
Dalam pada itu, Pengarah Kejurulatihan Beregu, Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berharap agar pasukan lelaki mampu mencipta sejarah merangkul emas sulung acara tersebut.
"Ada peluang (raih emas), kesemua pasukan mempunyai peluang sama rata termasukla kita," katanya pada sidang media pengumuman barisan negara oleh Norza selepas Mesyuarat Majlis BAM, di sini, semalam.
Mohamad Norza berkata bagi saingan perseorangan wanita, bekas juara remaa dunia dua kali, Goh Jin Wei dan K.Lethsanaa akan menggalas tugas negara manakala Pearly Tan-M. Thinaah dan Go Pei Kee-Valeree Siow menggalas misi menerusi beregu wanita.
Sementara itu, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pula bakal membawa cabaran negara dalam acara beregu campuran.
Sejak badminton diperkenalkan pada edisi 1962 di Jakarta, Malaysia belum pernah merangkul emas acara berpasukan lelaki mahupun wanita manakala bekas beregu lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong muncul wakil negara terakhir memenangi emas pada edisi 2006 di Doha.
Rexy, berharap agar Aaron-Wooi Yik dapat mengekalkan prestasi semasa mereka menjelang aksi di Hangzhou terutama selepas bergelar naib juara Terbuka Indonesia 2023 selepas tewas kepada pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, 17-21, 18-21, dalam aksi final.
Sementara itu, bekas pakar beregu Indonesia itu optimis Zii Jia akan memberikan komitmen penuh di Sukan Asia nanti selepas terpalit dengan kontroversi yang menyaksikannya menarik diri daripada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham dalam usaha memberi tumpuan menghadapi Kejohanan Dunia 2021 di Jepun, Ogos lepas.
"Saya percaya pengarah kejurulatihannya Wong Tat Meng akan beri nasihat (bermain di Sukan Asia) kerana ia juga menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 di Paris," katanya.
Kelayakan Sukan Olimpik 2024 yang sedang rancak berlangsung sejak 1 Mei lepas akan berakhir pada 28 April 2024 manakala temasya sukan terbesar dunia itu pula dijadual membuka tirai 26 Julai hingga 11 Ogos.
Temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 sepatutnya berlangsung tahun lalu tetapi ditangguh sehingga tahun ini ekoran pandemik COVID-19.
Senarai Nama Ke Sukan Asia Hangzhou 2022
LELAKI:
Perseorangan: Lee Zii Jia; Ng Tze Yong
Beregu: Aaron Chia/Soh Wooi Yik; Ong Yew Sin/Teo Ee Yi
Berpasukan: Lee Zii Jia, Ng Tze Yong, Leong Jun Hao, Cheam June Wei, Aaron Chia/Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin/Teo Ee Yi, Goh Soon Huat/ Chen Tang Jie
WANITA:
Perseorangan: Goh Jin Wei; K, Letshanaa
Beregu: Pearly Tan/M. Thinaah; Go Pei Kee/Valeree Siow
Beregu Campuran: Goh Soon Huat/Shevon Lai; Chen Tang Jie/Toh Ee Wei
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2023
Rexy optimis Zii Jia (gambar) akan memberikan komitmen penuh di Sukan Asia nanti yang akan berlangsung di Hangzhou, China, dari 23 Sept hingga 8 Okt ini. - Gambar fail
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
Indeks utama Bursa Malaysia turun 0.42 peratus susulan pengambilan untung
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.69 mata atau 0.42 peratus kepada 1,575.97 daripada paras penutup 1,582.66 pada Isnin.
Lelaki berpedang serang orang awam di London, lima cedera
Dalam insiden yang berlaku pada jam 7 pagi waktu tempatan, lima mangsa termasuk dua pegawai polis dikejarkan ke hospital berdekatan susulan serangan berkenaan.
Letusan Gunung Ruang: Operasi Lapangan Terbang Sam Ratulangi dihentikan sementara
Abu akibat letusan itu memenuhi kawasan lapangan terbang, dengan penumpang dilihat memakai topeng muka.
‘Saya berdoa agar tuhan satukan kami'
Kelahirannya di dunia disambut tanpa pelukan erat kedua orang tuanya. Kezaliman berterusan tentera rejim zionis sekaligus mengubah takdir hidup bayi Palestin yang diberi nama Yehia Hamuda ini. Malah dia yang belum mengenal erti dunia, kini dilindungi di hospital al-Emirati di Rafah.
Kastam patahkan hampir 2,000 cubaan menyeludup, sita barangan bernilai RM350 juta setakat Mac
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan 1,856 cubaan penyeludupan melibatkan pelbagai barangan membabitkan nilai cukai RM350 juta setakat Mac lepas.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Daftar Pemilih Tambahan Mac 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mac 2024 (DPT BLN3/2024) telah diperaku dan diwartakan hari ini, dan semakan dibuka selama 30 hari sehingga 29 Mei ini.
'Harga purata pangsapuri baharu Malaysia cecah RM582,887 pada suku pertama'
Harga purata bagi pangsapuri baharu di Malaysia mencecah RM582,887 pada suku pertama 2024 manakala purata harga jualan bagi kediaman sekunder bernilai RM521,614.
MOM bakal hantar resolusi rayu kerajaan teruskan penganjuran Sukan SEA 2027
MOM akan menghantar resolusi kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk merayu agar Malaysia kekal menjadi penganjur Sukan SEA 2027.
MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa sebanyak 18 atlet kebangsaan daripada tujuh jenis sukan layak ke Olimpik Paris 2024 setakat hari ini.
Badminton Masters Malaysia tetap dapat sambutan pemain terbaik dunia - BAM
Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 tetap mendapat sambutan dengan kehadiran nama besar dalam kelompok 10 terbaik dunia.
Jadikan pencapaian cemerlang Wendy inspirasi buat atlet pelapis - Mohamad Norza
Mohammad Norza berharap pencapaian Wendy Ng akan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk mengekalkan dominasi Malaysia dalam sukan itu di pentas antarabangsa.
Tiada lagi 'pangkat' senior dan junior dalam skuad kebangsaan - Norza
Pemain muda turut akan dihantar bertanding bersama pemain senior dalam kejohanan antarabangsa bagi meningkatkan ketahanan mental dan fizikal.
Malaysia ditawar secara rasmi jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Tawaran itu merangkumi pelaburan kewangan yang besar menjangkau 100 juta pound (kira-kira RM601 juta) untuk menyokong perancangan bagi penganjuran edisi 2026 itu.
Keresahan Chong Wei ada asas namun tidak cerminkan prestasi keseluruhan - Norza
Keresahan disuarakan Datuk Lee Chong Wei susulan keputusan kurang memberangsangkan pada Kejohanan BATC 2024 mempunyai asas tersendiri.
BATC 2024: Norza puas hati komitmen pemain meskipun dihimpit isu kecederaan
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berpuas hati dengan komitmen serta semangat juang yang tinggi dipamerkan pemain negara di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024.
'Cakap semua senang, tapi kerja ini siapa nak buat' - Norza
Norza mahu fokus kepada tanggungjawab sebagai 'bos' badan induk tersebut demi kemajuan badminton negara di pentas antarabangsa.
Usah ragu kemampuan pemain badminton negara - BAM
Mohamad Norza berkata keputusan mengecewakan di laman sendiri membuka mata pihaknya untuk membuat persediaan lebih rapi.