awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Asia: Eain Yow sumbang emas kelima, Malaysia lepasi sasaran 27 pingat

Astro Awani
Astro Awani
05/10/2023
10:56 MYT
Sukan Asia: Eain Yow sumbang emas kelima, Malaysia lepasi sasaran 27 pingat
Pingat emas menerusi acara individu perseorangan lelaki menyaksikan kem skuasy negara menyumbang tiga pingat emas ketika ini. - Foto Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow berjaya menyumbang emas kelima negara selepas menundukkan pemain India, Saurav Ghosal dengan keputusan 3-1.
Pingat emas menerusi acara individu perseorangan lelaki menyaksikan kem skuasy negara menyumbang tiga pingat emas ketika ini.
Dalam perlawanan akhir Eain yow bangkit daripada kekalahan set pertama untuk melakarkan kemenangan bergaya 9-11, 11-9, 11-5, 11-7.
Bintang skuasy lelaki negara itu turut menamatkan penantian 13 tahun negara dengan membawa pulang pingat emas Sukan Asia.
Kemenangan itu membolehkannya menebus kekalahan kepada lawan yang sama dalam acara berpasukan.
Malah ia turut melengkapkan statusnya sebagai bintang benua ini selepas mengungguli kejohanan individu Asia ke-22 di Hong Kong, Jun lalu.
Terdahulu, kontinjen Malaysia secara tidak rasmi sudah mencapai sasaran 27 pingat yang ditetapkan pada Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas atlet karate Lovelly Anne Robberth berjaya melayakkan diri ke final acara kata individu wanita.
Topic Berkaitan
#Ng Eain Yow
#perseorangan skuasy lelaki negara
#Saurav Ghosal
#Sukan Asia Hanzhou
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan