awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Asia ke-19 ditunda ke September 2023

Bernama
Bernama
20/07/2022
08:32 MYT
Sukan Asia ke-19 ditunda ke September 2023
Sukan Asia ke-19 yang dijadualkan berlangsung di Hangzhou, China dari 10 hingga 25 September akan ditunda ke tarikh baharu iaitu dari 23 September hingga 8 Oktober 2023. - Foto FB/19th Asian Games Hangzhou 2022
BEIJING: Sukan Asia ke-19 yang dijadualkan berlangsung di Hangzhou, China dari 10 hingga 25 September akan ditunda ke tarikh baharu iaitu dari 23 September hingga 8 Oktober 2023.
Namun, nama temasya itu dikekalkan iaitu Sukan Asia Ke-19 2022 Hangzhou.
Penundaan temasya itu susulan peningkatan kes COVID-19 di China seperti yang diumumkan Majlis Olimpik Asia (OCA) pada Mei.
Menurut kenyataan OCA pada Selasa, sejak dua bulan lepas, pasukan petugas khas telah mengadakan pelbagai perbincangan dengan Jawatankuasa Olimpik China, Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Hangzhou (HAGOC) dan pihak berkepentingan lain untuk mencari penyelesaian bagi penganjuran temasya itu agar tidak mempunyai konflik dengan acara sukan antarabangsa lain.
OCA menzahirkan penghargaan kepada HAGOC, Jawatankuasa Olimpik China serta pihak kerajaan di semua peringkat atas usaha masing-masing dalam melakukan persiapan penganjuran temasya sukan itu semasa pandemik dan memastikan ia dapat berlangsung pada tahun depan.
Sejak bandar Hangzhou memperolehi hak penganjuran Sukan Asia ke-19 2022, provinsi Zhejiang giat memperkasakan persiapan sukan itu, di samping mengatasi pengaruh negatif wabak COVID-19.
Atas sokongan bersama OCA dan Jawatankuasa Olimpik China, Hangzhou mampu membuat persiapan dengan baik dan menjayakan temasya sukan itu pada tahun depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Asia ke-19
#Hangzhou
#China
#Asian Games
#ditunda
#COVID-19
#OCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan