SASARAN tujuh pingat emas buat kontinjen negara dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang dari 18 Ogos hingga 2 September ini bagi mengatasi pencapaian lima emas dalam temasya di Incheon, Korea Selatan empat tahun lalu, dipersoal.
Sekalipun Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menjelaskan kontinjen negara boleh melepasi sasaran itu sehingga 11 emas, ia dianggap tidak setimpal dengan kekuatan 421 atlet yang akan dihantar ke Indonesia.
"Saya lebih gemar kalau kita meletakkan (sasaran)11 pingat emas," kata penerbit kanan berita Nadi Arena, Lukman Salleh, dalam temubual Nadi@1 menjelang Sukan Asia, hari ini.
"Kita seharusnya meletakkan sasaran yang lebih tinggi dalam setiap temasya yang kita sertai," tambahnya.
"Kalau kita letakkan tujuh emas berbanding atlet yang kita hantar, iaitu 421, ia sasaran yang agak kecil.
"Empat tahun lalu, kita hanya menghantar kira-kira 200 atlet, di mana kita mendapat lima emas. Empat tahun sebelum itu juga, kita hanya menghantar 200 lebih juga, kita berjaya mendapat sembilan emas.
"Seperti yang dikatakan Syed Saddiq, kita boleh capai 11 emas. (Tetapi) itu yang sepatutnya sasaran yang perlu diletakkan. Kita perlu sekurang-kurangnya meraih 10 emas ke atas."
Malah, sasaran tujuh emas itu dianggap sebagai "jalan selamat" di sebalik Program Podium menghadapi tekanan untuk kontinjen negara menempatkan diri dalam kelompok 10 negara teratas daripada segi pungutan pingat.
Tambah Lukman, peningkatan sukan di negara ini perlu diukur dengan pungutan pingat dalam mana-mana temasya besar.
"Negara-negara lain juga akan mengejar pungutan pingat emas. Jadi, mahu atau tidak, kita mesti mendapat 10 emas untuk menunjukkan bahawa sukan kita maju ke depan," katanya lagi.
Pengumuman sasaran tujuh emas itu dibuat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dalam satu upacara khas penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara yang turut disertai barisan menteri Kabinet di Putrajaya, semalam.
Astro Arena
Sat Aug 11 2018
SYED SADDIQ: Kita seharusnya meletakkan sasaran yang lebih tinggi dalam setiap temasya yang kita sertai.
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
Pukul budak perempuan guna kayu, penjaga pusat jagaan anak yatim direman
Permohonan reman ke atas lelaki berusia 59 tahun itu dibuat bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Syarikat Indonesia bina jambatan arboreal untuk primat Sumatera
Melalui jambatan arboreal itu, primat dapat bergerak bebas ke kawasan lain, mencari makanan dan membiak tanpa gangguan aktiviti manusia.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.