Selepas 11 hari pertandingan, temasya Sukan Komanwel 2018 malam tadi, melabuhkan tirai dalam upacara gilang-gemilang dan padat dengan persembahan hiburan di Carrara Sports and Leisure Centre di Gold Coast, Australia.
Tuan rumah Australia mengungguli temasya sukan berkenaan kali ini selepas meraih 80 pingat emas, 59 perak dan 59 gangsa, diikuti England di tempat kedua dengan 45 emas, 45 perak dan 46 gangsa, manakala India di kedudukan ketiga selepas mengumpul 26 emas, 20 perak dan 20 gangsa.
Malaysia menamatkan saingan pada temasya sukan itu di kedudukan ke-12 selepas meraih tujuh pingat emas, lima perak dan 12 gangsa.
Presiden Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) Louise Martin dalam ucapannya berkata edisi 2018 mencipta sejarah tersendiri apabila acara ragbi tujuh sebelah wanita, bola tampar pantai dan Para Triathlon menawarkan pingat buat pertama kali dalam sejarah Sukan Komanwel.
Beliau berkata atlet yang beraksi pada temasya kali ini menampilkan aksi yang hebat selaku pemegang rekod dunia dan mempamerkan semangat juang tinggi dan persembahan mantap daripada atlet muda.
"Ketika temasya sukan ini sudah semakin hampir ke penghujung, masa depan Sukan Komanwel sangat cerah, malah edisi 2018 ini lebih relevan daripada sebelum ini.
"Kita sudah menyaksikan sukan berprestasi tinggi di tahap terbaik di Gold Coast. Atlet, pegawai pasukan, sukarelawan, penonton dan media berkongsi atas kejayaan dan cabaran ini bersama-sama dengan atlet dalam 275 acara sukan," katanya.
Beliau juga menghargai sumbangan 15,000 sukarelawan yang berusaha menjadikan temasya itu suatu kenyataan dan berjaya.
Penyanyi lagu indie dan penulis lirik serta penerbit dari Gold Coast, Amy Shark memulakan persembahan dengan lagu 'Let Love Rule' diikuti dengan persembahan Archie Roach, diiringi Voice of Birralee dan juga Yugambeh Youth Choir.
Pada masa yang sama, penonton dihiburkan dengan persembahan Restless Dance Theatre di pentas satelit ketika Archie dan Amy melakukan persembahan.
Persembahan hiburan diteruskan oleh Ricki-Lee dan The Koi Boys sebelum Anthony Callea menyanyikan lagu 'You Should be Dancing' dengan disertai para atlet.
Barisan atlet yang menyertai temasya sukan berkenaan, kemudian bersama-sama memeriahkan majlis penutup itu, sambil tepukan gemuruh daripada 35,000 orang yang menyaksikan upacara berkenaan.
Bendera Sukan Komanwel kemudian diturunkan dan diserahkan kepada Datuk Bandar Gold Coast, Tom Tate, yang kemudiannya diserahkan kepada Martin.
Selepas itu, Martin menyerahkan bendera Sukan Komanwel kepada tuan rumah Sukan Komanwel 2022, yang diterima Datuk Bandar Birmingham, Anne Underwood.
Di penghujung acara berkenaan, venue majlis penutup itu bergema dengan persembahan terakhir yang membawa mesej 'Put a Little Love in Your Heart'.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 15 2018
Selepas 11 hari pertandingan, temasya Sukan Komanwel 2018 malam tadi, melabuhkan tirai dalam upacara gilang-gemilang dan padat dengan persembahan hiburan di Carrara Sports and Leisure Centre di Gold Coast, Australia. --fotoBERNAMA
AWANI Borneo [23/04/2024] – Selamat jalan pemimpin negara | Hasil negeri | Mendiang cucu yang bertanggunggjawab
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Jasmine Abu Bakar
#AWANIBorneo 23 April 2024
- Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan
- Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil lombong di Tawau
- Mendiang Felicia seorang cucu yang bertanggungjawab
#AWANInews
#AWANIBorneo 23 April 2024
- Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan
- Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil lombong di Tawau
- Mendiang Felicia seorang cucu yang bertanggungjawab
#AWANInews
Awie anggap bayaran rendah untuk artis veteran satu penghinaan
Pengarah filem Rebel itu juga mengajak penggiat seni untuk mengenang kembali perjuangan para artis senior suatu ketika dahulu.
Nahas helikopter Lumut: Joanna seorang penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Sedih dan muram namun reda, itu yang dapat dilihat pada wajah ahli keluarga mendiang Joanna Felicia Rohna sejurus mendapat perkhabaran duka tragedi pemergiannya pada pagi Selasa.
Meta tawarkan sistem operasi yang menguasakan Quest kepada pengeluar lain
Ini sekali gus menjadikan Horizon OS akan menerajui arena set realiti maya, lebih kurang seperti Android yang menguasakan telefon pintar.
Nahas helikopter Lumut: Sepupu suami pelakon Eyra Hazali turut terkorban
Pelakon Eyra Hazali memaklumkan salah seorang mangsa nahas helikopter melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarganya.
Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63
Penggunaan wilayah bagi merujuk Sarawak menggantikan negeri adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming'
Pemimpin gereja itu dilihat rebah ke lantai dan kedengaran suara jeritan para pengikutnya yang kemudiannya menerpa ke arahnya untuk membantunya.
Beratus dipindahkan susulan banjir di Australia
Perintah supaya berpindah dikekalkan di beberapa pekan selepas hujan lebat dan angin kencang yang menggemparkan komuniti di barat Sydney.
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.
Kabinet bincang tawaran anjur Sukan Komanwel esok
Kerajaan akan memperincikan mengenai cadangan penganjuran sukan Komanwel 2026 dalam mesyuarat Jemaah Menteri, esok.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan disumbang pengembangan operasi sedia ada - Tengku Zafrul
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan tahun lepas disumbang daripada pengembangan operasi perniagaan sedia ada.
Lihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama, destinasi modal - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru komuniti pelaburan antarabangsa supaya melihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama dan sebuah destinasi modal.
Malaysia, Australia jalin hubungan ekonomi lebih kukuh menerusi empat kerangka utama - Anwar
Anwar berkata hubungan ekonomi antara Australia dan Malaysia berkembang kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini berdasarkan kepentingan geoekonomi bersama dan usaha memakmurkan serantau.