MALAYSIA perlu melihat pelbagai sudut kesan jangka pendek dan panjang sebelum menerima tawaran Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) bagi menganjurkan temasya tersebut bagi edisi 2026.
Itu pandangan Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias selepas diminta mengulas tawaran CGF kepada Malaysia bagi menggantikan Victoria, Australia yang menarik diri sebagai tuan rumah temasya itu pada 2026.
Pada masa sama Suhardi menimbulkan persoalan keghairahan badan induk Olimpik negara terhadap penawaran CGF ketika negara lain menarik diri untuk menganjurkannya.
“Hakikatnya Victoria sanggup membayar sejumlah wang yang begitu banyak sebagai pampasan selepas menarik diri dari menganjurkan temasya tersebut.
“Sejujurnya saya cukup amat hairan mengapa kita beria-ia nak ambil temasya yang negara lain tidak mahu anjurkan?, ibarat umpama tiada beban, batu hendak digalas.
“Seperkara lagi, kita juga perlu melihat apa yang berlaku kepada Birmingham selepas menganjurkan edisi 2022 walaupun telah lebih awal dinasihatkan supaya tidak meneruskannya sebelum ini,” kata Suhardi.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebelum ini memaklumkan telah memulakan perbincangan dengan Kementerian Belia dan Sukan mengenai cadangan menganjurkan Sukan Komanwel 2026 selepas mendapat tawaran rasmi daripada CGF kepada MOM yang juga dikenali sebagai Persatuan Sukan Komanwel (CGA) Malaysia bulan lalu.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada Sabtu memaklumkan, Kabinet akan membuat keputusan sama ada Malaysia berminat untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 dalam masa terdekat.
Malah, sebagai tuan rumah, CGF menawarkan Malaysia dana 100 juta pound bagi menyokong perancangan menganjurkan edisi 2026 akan mengurangkan beban kewangan menganjurkan temasya sukan itu.
Jelas Suhardi lagi, beliau berpandangan bukan satu langkah bijak bagi Malaysia untuk mengambil bahagian sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2026 pada ketika kelembapan ekonomi dunia.
“Ini kerana saya menjangka kos untuk menganjurkan temasya di sini adalah antara RM1 billion untuk acara asas dari keseluruhan kos yang dijangka mampu mencecah sehingga RM13 billion.
“Malah suntikan dana 100 juta pound (RM602 juta) daripada CGF untuk menyokong perancangan penganjuran edisi 2026 tidak akan mengurangkan beban tuan rumah,” katanya.
Victoria, Australia, menarik diri tahun lalu dengan alasan kos yang semakin meningkat, yang dijangka mencecah sehingga A$7 bilion (RM21.7 bilion) dan dilaporkan, bersetuju membayar A$380 juta (RM1.1 bilion) kepada CGF kerana melanggar kontrak.
Pada masa sama Suhardi percaya adalah lebih baik bajet untuk temasya itu dibelanjakan bagi meningkatkan pembangunan atlet dan ekosistem sukan negara kepada semua 103 persatuan sukan kebangsaan dan persatuan sukan para kebangsaan.
“Jika kita ambil RM1 bilion, sebagai contoh, setiap persatuan akan menerima kira-kira RM10 juta setiap satu, yang boleh mereka gunakan untuk menjalankan program pembangunan dan latihan. Ini akan meningkatkan ekosistem sukan di negara ini dan lebih mampan.
“Malah Yang di-Pertuan Agong meminta kerajaan berhemat dalam perbelanjaan dan memastikan setiap cadangan perbelanjaan adalah untuk perkara yang diperlukan sahaja,” katanya yang berharap semua pihak peka pandangan awam apabila terdapat cabaran untuk menutup akaun Sukan Komanwel 1998 dan Sukan SEA 2017 sebelum ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 13 2024
Suhardi menimbulkan persoalan keghairahan badan induk Olimpik negara terhadap penawaran CGF ketika negara lain menarik diri untuk menganjurkannya. - Gambar fail
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Pembangunan sukan lebih penting berbanding jadi hos sukan Komanwel 2026
Shapawi mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk beri tumpuan kepada pembangunan sukan selepas menolak menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
Malaysia tolak tawaran jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
KBS mengumumkan keputusan Kerajaan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.
Kabinet bincang tawaran anjur Sukan Komanwel esok
Kerajaan akan memperincikan mengenai cadangan penganjuran sukan Komanwel 2026 dalam mesyuarat Jemaah Menteri, esok.
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Penganjuran Sukan Komanwel 2026 dibincang di Kabinet minggu depan - Hannah
Keputusan sama ada Malaysia akan menganjurkan Sukan Komanwel 2026 atau tidak, dijangka dibawa untuk perbincangan di Kabinet pada minggu depan, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Sukan Komanwel 2026: 'Umpama tiada beban, batu hendak digalas'
Malaysia perlu melihat pelbagai sudut kesan jangka pendek dan panjang sebelum menerima tawaran Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) bagi menganjurkan temasya tersebut bagi edisi 2026
Malaysia harus berani anjur Sukan Komanwel 2026 - Dr Ramlan
Dr Ramlan berpendapat pelaburan kewangan 100 juta pound daripada CGF akan mengurangkan beban kewangan menganjurkan Sukan Komanwel 2026.
Malaysia ditawar secara rasmi jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Tawaran itu merangkumi pelaburan kewangan yang besar menjangkau 100 juta pound (kira-kira RM601 juta) untuk menyokong perancangan bagi penganjuran edisi 2026 itu.
KBS serah kepada Kabinet putuskan penganjuran Sukan Komanwel 2026 - Hannah
Keputusan sama ada Malaysia berminat menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 atau tidak, dijangka dibuat oleh Kabinet dalam masa terdekat.