awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu

Sinar Harian
Sinar Harian
18/03/2024
02:30 MYT
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
AHMAD FAIZAL: Dalam jangka masa dua tahun, saya amat bimbang jika ia akan menjadi beban yang terlalu berat sehingga boleh meletakkan negara dalam keadaan yang sukar. - Gambar fail
BEKAS Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meluahkan kebimbangan Malaysia akan berdepan situasi sukar jika menerima 'lamaran' untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 selepas Victoria, Australia menarik diri.
Beliau berkata, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
“Dalam jangka masa dua tahun, saya amat bimbang jika ia akan menjadi beban yang terlalu berat sehingga boleh meletakkan negara dalam keadaan yang sukar.
“Kajian menyeluruh amat perlu dilakukan sebelum membuat keputusan besar ini. Terutama sekali daripada segi kewangan," katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.
Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menawarkan suntikan dana 100 juta pound (RM602 juta) kepada Malaysia yang pernah menjadi tuan rumah pada tahun 1998.
Victoria menarik diri kerana peningkatan kos penganjuran daripada jangkaan awal AS$2.6 bilion (kira-kira RM8.09 bilion) kepada AS$7 bilion (kira-kira RM21.78 bilion).
Ahmad Faizal juga tidak menolak kemungkinan untuk bersetuju agar Malaysia menjadi tuan rumah sekiranya keputusan tersebut dibuat lebih awal berbanding tempoh singkat dua tahun sebelum temasya berlangsung.
“Saya setuju kita menjadi tuan rumah jika keputusan mengenainya dibuat lebih awal dan kajian kebolehupayaan dapat dibuat sebelum keputusan itu dibuat," katanya yang mengalas jawatan nombor satu di Kementerian Belia dan Sukan bermula 30 Ogos 2021 hingga 10 Oktober 2022.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan membincangkan dengan terperinci dan mendapatkan pandangan semua pihak sebelum membuat keputusan muktamad berhubung tawaran untuk Malaysia menjadi tuan rumah temasya temasya tersebut.
Terdahulu Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memaklumkan telah berbincang dengan Kementerian Belia dan Sukan mengenai cadangan menganjurkan temasya itu susulan undangan rasmi daripada CGF kepada MOM yang juga dikenali sebagai Persatuan Sukan Komanwel (CGA) Malaysia bulan lalu.
Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, CGA Malaysia berpandangan kerajaan perlu menimbangkan peluang 'sekali seumur hidup' itu di samping sokongan serta pelaburan kewangan berkaitan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#Sukan Komanwel 2026
#tuan rumah Sukan Komanwel
#implikasi kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan