BIRMINGHAM: Berbaki kurang 24 jam sebelum Sukan Komanwel 2022 edisi Birmingham melabuhkan tirai pada Isnin (8 Ogos), tumpuan peminat tanah air pastinya terarah kepada dua wakil negara yang akan beraksi di pentas final acara badminton.
Susulan prestasi cemerlang sehingga berjaya mara ke peringkat akhir acara perseorangan lelaki, harapan tinggi diletakkan ke atas Ng Tze Yong untuk menambah koleksi pingat emas kontinjen negara pada temasya kali ini.
Pemain berusia 22 tahun itu yang membuat penampilan sulung pada Sukan Komanwel, akan bertemu pemain nombor satu India Laksya Sen pada perlawanan akhir.
Beregu utama wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah yang menampilkan aksi bertenaga juga menjadi sandaran untuk menyumbangkan emas kepada kontinjen Malaysia, yang setakat ini meraih keseluruhan enam pingat emas, tujuh perak dan enam gangsa.
Beregu nombor 11 dunia itu akan berdepan wakil tuan rumah Chloe Birch-Lauren Smith bagi merebut gelaran juara.
Sementara itu, beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang dikejutkan beregu England Ben Lane-Sean Vendy dalam saingan separuh akhir, boleh menarik nafas lega dengan memenangi gangsa.
Pasangan itu menewaskan satu lagi beregu negara Chan Peng Soon-Tan Kian Meng dalam penentuan tempat ketiga.
Di kolam renang, penerjun negara Nur Dhabitah Sabri terus menampilkan aksi terbaik untuk meraih pingat perak keduanya di temasya kali ini selepas menduduki tempat kedua dalam acara 3 meter papan anjal wanita pada Ahad.
BACA: Nur Dhabitah raih perak kedua di Birmingham
Pada Sabtu, Nur Dhabitah menyumbang perak dalam acara 3m papan anjal seirama bergandingan dengan Wendy Ng Yan Yee.
Sementara itu, hasrat pasangan pemain ping pong negara Javen Choong dan Karen Lyne untuk merangkul pingat emas tidak kesampaian apabila tumpas dalam acara beregu campuran.
Beregu negara itu tewas 1-3 (4-11, 11-9, 5-11 dan 6-11) kepada pasangan dari India Sharath Kamal Achanta-Sreeja Akula dalam saingan final.
Dalam pada itu, nasib nyata tidak menyebelahi skuad skuasy negara apabila tiga wakil Malaysia yang beraksi di peringkat separuh akhir tewas kepada lawan masing-masing, pada Ahad.
Namun, kem skuasy boleh berasa lega apabila satu pingat gangsa sudah dalam genggaman kerana melibatkan pertemuan dua wakil Malaysia iaitu antara Aifa Azman-Rachel Arnold dan Chan Yi Wei-Noor Ainaa Amani Ampandi pada aksi penentuan tempat ketiga.
Bagi acara beregu lelaki, gandingan negara Ng Eain Yow-Ivan Yuen dijadual berdepan Greg Lobban-Rory Stewart dari Scotland, pada aksi penentuan pingat gangsa hari ini.
Pada hari ke-11, tumpuan juga di kolam renang bagi menambah koleksi emas Malaysia dalam dua acara yang pertama kali dipertandingkan di Sukan Komanwel, iaitu 3 meter papan anjal seirama campuran melibatkan gandingan Muhammad Syafiq Puteh-Nur Dhabitah dan Gabriel Gilbert Daim-Wendy Ng Yan Yee.
Selain itu, 10 meter platform seirama campuran akan turut berlangsung yang akan menyaksikan penampilan Jellson Jabillin-Datuk Pandelela Rinong.
Australia kekal pendahulu keseluruhan kutipan pingat dengan merangkul 66 emas, 55 perak dan 53 gangsa, diikuti England di tempat kedua dengan 55-59-52, manakala Kanada di tempat ketiga 26-31-34.
Selepas berakhir hari ke-10 temasya, Malaysia turun dua anak tangga di kedudukan ke-11.
Majllis penutup Sukan Komanwel 2022 akan diadakan di Stadium Alexander, bermula 8 malam waktu tempatan atau 3 pagi (Selasa) waktu Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022
Sebahagian para penyokong yang hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan negara. - Foto BERNAMA
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.
Tiga badang negara mungkin tidak sertai Sukan SEA Kemboja
Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat memberikan bayangan bahawa tiga badang negara, berkemungkinan tidak akan menyertai Sukan SEA Kemboja 2023.
Atlet Selangor cemerlang di Sukan SEA, Komanwel 2022 terima insentif
Insentif disampaikan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu majlis di Istana Alam Shah.
Joe Ee mahu fokus pada pelajaran, janji tampilkan aksi terbaik di Sukan Asia
Gimnas berusia 16 tahun itu berkata beliau tetap akan bekerja keras dan berlatih bersungguh-sungguh untuk Sukan Asia.
Biar Tze Yong berjaya dengan caranya sendiri - Choong Hann
Ada pihak mungkin berpendapat atlet itu sudah bersedia untuk 'mencabar' jaguh perseorangan Lee Zii Jia.
Senarai pemenang pingat Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022
Disenaraikan nama-nama pemenang pingat bagi kontinjen Malaysia di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Selamat tinggal Birmingham, kita jumpa di Victoria
Dame Louise Marin menyifatkan Birmingham 2022 sebagai 'berani, menguja dan cemerlang' dan memberikan pujian kepada semua atlet.
Sukan Komanwel: Tidak mahu leka dengan kejayaan hari ini - Pearly
Mereka masih mempunyai ruang untuk diperbaiki walaupun berjaya menyumbang pingat emas ketujuh Malaysia.
Sukan Komanwel: Perjuangan membanggakan, Malaysia perbaiki kedudukan keseluruhan
Malaysia menamatkan saingan di kedudukan 10 sekali gus memperbaiki kedudukan di tempat ke-12 pada edisi 2018.
Beri peluang muka baharu, rombak program latihan - MOM
Kebergantungan kepada atlet sedia ada pada temasya sukan empat tahun sekali itu perlu diubah.