awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Komanwel: Juara bertahan Siti Zalina-Emma Firyana kandas di separuh akhir

Bernama
Bernama
05/08/2022
21:00 MYT
Sukan Komanwel: Juara bertahan Siti Zalina-Emma Firyana kandas di separuh akhir
Siti Zalina-Emma Firyana akan berdepan Selina Goddard-Katelyn Inch dari New Zealand bagi penentuan pingat gangsa. - Foto fail/BERNAMA
BIRMINGHAM: Gandingan Siti Zalina Ahmad dan Emma Firyana Saroji gagal mempertahankan pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 apabila tumpas di peringkat separuh akhir acara pairs wanita pada Jumaat.
Dalam pertarungan sengit berlangsung hingga 18 end di Victoria Park, Leamington Spa itu, pasangan negara terpaksa akur di tangan wakil Australia, Kristina Krstic dan Ellen Ryan, 10-13.
Berikutan kekalahan itu, Siti Zalina-Emma Firyana akan berdepan Selina Goddard-Katelyn Inch dari New Zealand bagi penentuan pingat gangsa, hari ini.
Jurulatih negara, Nor Hashimah Ismail berkata walaupun pasangan negara itu gagal mempertahankan pingat emas dimenangi pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia, kedua-dua pemain kebangsaan itu menunjukkan semangat juang tinggi sepanjang saingan di sini.
"Kita bermain dengan baik tetapi nasib tidak menyebelahi kita hari ini. Saya berharap prestasi yang ditunjukkan mereka sebelum ini dapat diteruskan untuk meraih pingat gangsa esok," katanya.
Sementara itu, cabaran skuad boling padang negara turut berakhir dalam acara fours lelaki setelah kecundang di peringkat suku akhir semalam.
Pasukan negara dibarisi Muhammad Idham Amin Ramlan, Izzat Shameer Dzulkeple, Mohamad Syamil Syazwan Ramli dan Muhammad Soufi Rusli tumpas 10-16 kepada skuad England.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Komanwel Birmingham 2022
#Siti Zalina Ahmad
#emma firyana saroji
#acara pairs wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan