awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Komanwel: Ping pong wanita sumbang perak, beregu campuran badminton mara ke final

Astro Arena
Astro Arena
01/08/2022
15:29 MYT
Sukan Komanwel: Ping pong wanita sumbang perak, beregu campuran badminton mara ke final
Gandingan Karen Lyne-Ho Ying memberikan tentangan sengit sebelum tewas 11-7, 4-11, 6-11, 5-11 kepada Zhou Jingyi-Zeng Jian. - Gambar stadiumastro.com
SKUAD ping pong wanita negara menyumbangkan pingat perak dalam Sukan Komanwel Birmingham selepas tewas 0-3 kepada pasukan pilihan, Singapura, dalam final acara berpasukan wanita di Dewan NEC sebentar tadi.
Gandingan Karen Lyne-Ho Ying memberikan tentangan sengit sebelum tewas 11-7, 4-11, 6-11, 5-11 kepada Zhou Jingyi-Zeng Jian.
Alice Chang kemudian cuba untuk menyamakan kedudukan tetapi tidak dapat menandingi kehebatan Feng Tianwei sebelum akur tewas 9-11, 1-11, 7-11.
Ho Ying selepas itu turun dalam acara perseorangan menentang Zeng Jian sebelum tewas 3-11, 4-11. 11-8, 5-11, sekali gus merelakan Singapura memenangi emas sambil skuad negara berpuas hati dengan pingat perak.
Sebagai rekod, Malaysia sekadar menamatkan saingan di peringkat suku akhir acara berkenaan dalam edisi di Gold Coast pada 2018.
Sementara itu, pertemuan perlawanan pertama menemukan gandingan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Cheah Yee See, yang berdepan Marcus Ellis dan Lauren Smith.
Seperti dijangka, beregu England itu tidak memberi laluan mudah buat skuad negara apabila bermula cemerlang menoktahkan kemenangan set pertama 21-12.
Namun, Malaysia bermula baik di set kedua apabila saling bertukar mata dan seperti boleh membaca strategi pihak lawan.
Meskipun ketinggalan pada satu ketika, mereka berjaya bangkit dan memastikan saingan diheret ke set penentuan, Malaysia menang set kedua 21-18.
Siapa sangka Malaysia yang ketinggalan pada mulanya menemui rentak dan berjaya mendahului dengan kemenangan pertama Malaysia menerusi keputusan akhir 21-13.
Artikel asal di Stadium Astro.
Topic Berkaitan
#Sukan Komanwel
#ping pong
#badminton
#pingat perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan