awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kos urus penyakit tidak berjangkit cecah RM64.3 bilion setahun, fokus pencegahan - Dr Dzulkefly
KPKT sedia bantu proses pemutihan rumah ibadah tanpa kebenaran - Kor Ming
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan mesti dijauhkan daripada politik

Bernama
Bernama
21/05/2023
08:39 MYT
Sukan mesti dijauhkan daripada politik
Bagaimanapun, Hannah tidak menolak kemungkinan akan kepentingan individu berpengaruh bagi selesaikan masalah kewangan persatuan sukan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebaik-baik sukan itu mesti dijauhkan daripada politik, demikian reaksi Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berhubung penglibatan orang politik dalam mana-mana persatuan sukan.
Bagaimanapun, Hannah tidak menolak kemungkinan akan kepentingan individu berpengaruh bagi memperoleh dana mencukupi serta menyelesaikan masalah kekangan kewangan persatuan sukan terlibat.
"Tapi cuma untuk pastikan reset sukan negara ini berlaku, persatuan perlu mempunyai dana yang mencukupi untuk bangunkan sukan tersebut.
"Sebab itu juga bila mereka nak cari dana, mereka akan cari tokoh-tokoh yang mempunyai pengaruh untuk bantu cari dana," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan 2023 di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini.
Menurutnya sebagai permulaan, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam menjayakan reset sukan negara tersebut berikutan bakat-bakat muda hadir daripada institusi sekolah serta pengajian tinggi.
"Untuk kita pastikan kita dapat platform paling besar bagi mendapatkan bakat-bakat baharu ini, kita tidak boleh bergantung kepada MSN (Majlis Sukan Negara), Putrajaya atau di peringkat kebangsaan sahaja.
"Kita perlu pergiatkan lagi dan saya percaya dengan adanya geran padanan yang diberikan Kementerian Kewangan sebanyak RM40 juta tahun ini, lebih banyak kejohanan seperti hari ini dapat dilaksana yang anak-anak kecil boleh datang bersama dan melahirkan minat baharu dalam sukan," katanya.
Isu reset sukan negara mula menjadi topik panas, susulan rekod terburuk kontinjen Malaysia yang gagal mencapai sasaran 40 pingat emas, serta menamatkan cabaran di kedudukan ketujuh secara keseluruhan di Sukan SEA 2023 Kemboja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sukan
#politik
#Hannah Yeoh
#persatuan sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan