awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Poland bakal bentuk angkatan tentera terkuat di Eropah, kata PM Tusk
Penyelarasan pakaian seragam sekolah masih dikaji, tiada perubahan sesi persekolahan 2026
Polis tahan dua lagi lelaki bantu siasatan kes bunuh di Sg Bakap
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Olimpik: Malaysia secara tidak rasmi sudah ada 17 wakil ke Paris 2024

Astro Arena
Astro Arena
15/04/2024
08:35 MYT
Sukan Olimpik: Malaysia secara tidak rasmi sudah ada 17 wakil ke Paris 2024
Sebagai rekod, 30 atlet daripada 10 jenis sukan mewakili negara dalam edisi di Tokyo 2020. - Stadium Astro
KONTINJEN negara secara tidak rasmi kini telah memiliki 17 atlet yang akan bersaing dalam Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai depan.
Skuad berbasikal trek negara hari ini memaklumkan bahawa tiga atlet mereka secara tidak rasmi sudah sah akan mengambil bahagian dalam acara pecut dan keirin temasya berkenaan, iaitu Datuk Azizulhasni Awang, Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri.
Terdahulu, Nur Aisyah Mohamad Zubir, turut mengesahkan kelayakan dalam acara berbasikal lebuh raya menerusi Kejohanan Asia di Rayong, Thailand pada pertengahan tahun lalu.
Kem badminton negara juga hanya menunggu pengesahan rasmi mengenai penyertaan atlet mereka, iaitu perseorangan lelaki, Lee Zii Jia, Aaron Chia, Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Goh Jin Wei (perseorangan wanita), Pearly Tan, M. Thinaah (beregu wanita) Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei (beregu campuran).
Ariana Nur Dania Mohamad Zairi daripada sukan memanah sudahpun mengesahkan kelayakan secara rasmi dalam acara recurve individu wanita manakala Bertrand Rhodict Lises akan menjadi penerjun tunggal negara dalam temasya berkenaan.
Malaysia turut akan memiliki wakil dalam acara pelayaran menerusi Nur Shazrin Mohd Latif, yang akan melakukan penampilan ketiga berturut-turut dalam Sukan Olimpik.
Badang negara, Aniq Kasdan, juga sudah mengesahkan kelayakan dalam acara angkat berat 61kg dan melengkapkan senarai ketika ini ialah penembak senior negara, Johnathan Wong, dalam acara 10m air pistol lelaki.
Sebagai rekod, 30 atlet daripada 10 jenis sukan mewakili negara dalam edisi di Tokyo 2020.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#kontinjen malaysia
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Azizulhasni Awang
#Lee Zii Jia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan