awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Olimpik Paris: Azizulhasni terkilan tuntut janji belum tertunai

Astro Arena
Astro Arena
07/06/2023
00:30 MYT
Sukan Olimpik Paris: Azizulhasni terkilan tuntut janji belum tertunai
Azizulhasni berkata, dia dijanjikan dengan sistem sokongan latihan yang lebih baik berbanding di Melbourne tetapi sehingga kini, ia masih menjadi tanda tanya. - Gambar fail BERNAMA
JUARA Dunia Berbasikal Trek Keirin 2017, Datuk Azizulhasni Awang, meluahkan rasa terkilannya dalam menuntut janji yang masih belum ditunaikan sehingga kini.
Pada ketika Chief-de-mission ke Sukan Olimpik Paris 2024 Datuk Hamidin Mohd Amin, sedang rancak menemui wakil negara dalam Program Road to Gold (RTG), Azizulhasni membangkitkan semula perkara itu.
Jelasnya, jaminan yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan persediaan terbaik di Malaysia sejak meninggalkan Melbourne hujung tahun lalu masih tidak ditepati.
Tanpa menamakan pihak tertentu, Azizulhasni berkata bahawa dia sudah banyak melakukan pengorbanan tetapi permintaannya sehingga ke saat ini seolah-olah dipandang sepi.
Katanya, dia dijanjikan dengan sistem sokongan latihan yang lebih baik berbanding di Melbourne tetapi sehingga kini, ia masih menjadi tanda tanya.
"Ada sesetengah sokongan yang saya perlukan di sini, di Malaysia, yang mana saya jangkakan apabila saya balik, sokongannya akan lebih baik berbanding ketika di Melbourne dulu," katanya seperti yang dilaporkan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Dan ada beberapa perkara yang sudah kami mohon setahun sebelum saya balik dan ketika saya pulang ke sini pada tahun lalu tetapi ia masih belum ada jawapan.
"Saya sudah banyak berkorban dan ini adalah pengorbanan terbesar yang saya lakukan, membawa pulang keluarga saya ke sini dan anak-anak saya juga mempersoalkan mengapa mereka perlu ikut saya pulang ke sini.
"Bagi saya ia mudah sahaja. Jika perkara yang saya mohon itu terlalu membebankan, terlalu melampau, beritahu sahaja, saya boleh pulang ke Melbourne kerana saya masih tidak dapat jawapannya, ia tergantung.
"Dengan itu saya boleh berlatih dengan tenang di sana, saya boleh berlatih dengan pelumba Australia di sana, tiada masalah, tiada isu," katanya.
Difahamkan, isu itu sudahpun dipanjangkan kepada Hamidin dan Azizulhasni berharap akan ada jawapan untuk menyelesaikan segala kekeliruan itu. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Azizulhasni terkilan
#Road to Gold
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan