Sukan SEA 2025: Intan Serah dipanggil perkuat skuad Malayan Tigress

Intan Serah antara pemain dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Malayan Tigress sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA 2025 di Thailand bulan depan. - Gambar Facebook Intan Serah
KUALA LUMPUR: Penyerang bola sepak wanita berpengalaman negara, Intan Serah Anisah Zulgafli antara pemain dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Malayan Tigress sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA 2025 di Thailand bulan depan.
Ringkasan AI
- Intan Serah Anisah Zulgafli dan Kanchenjeet Kaur Nanua dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Malayan Tigress untuk Sukan SEA 2025 di Thailand.
- Skuad akan berdepan cabaran dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 Tri Nations menentang Bangladesh dan Aizerbaijan.
- 23 pemain dipilih oleh Joel Cornelli untuk kem latihan pusat, sebelum bertanding di Thailand dan berpotensi ke separuh akhir pada 14 Disember.
"Skuad Malayan Tigress akan mengharungi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 Tri Nations 2025 menentang Bangladesh pada 26 Nov dan Aizerbaijan pada 29 Nov," menurut kenyataan itu.
Seterusnya, skuad Malayan Tigress akan meneruskan kem latihan pusat di Kuala Lumpur sebelum dijadualkan terbang ke Chonburi, Thailand pada 3 Dis bagi menghadapi cabaran Kumpulan B yang disertai tiga pasukan iaitu bertemu Vietnam (5 Dis), Myanmar (8 Dis) dan Filipina (11 Dis) di Stadium TNSU, Chonburi.
Juara kumpulan dan naib juara Kumpulan A dan B akan melangkah ke separuh akhir pada 14 Dis, manakala aksi final dan tempat ketiga akan berlangsung pada 17 Dis.
Berikut senarai nama 23 pemain yang dipanggil oleh Cornelli ke kem latihan pusat skuad Malayan Tigress bermula 17 Nov ini:
| Nama | Kelab | |
| 1. | Nur Amirah Abdul Rahman | Selangor FC |
| 2. | Eusvewana Kadius | Selangor FC |
| 3. | Nurhadfina Mohd Firdaus | Selangor FC |
| 4. | Nur Ainsyah Murad | Selangor FC |
| 5. | Nur Fazira Muhamad Sani | Selangor FC |
| 6. | Nur Ezza Ashikin Abdul Razak | Selangor FC |
| 7. | Nur Najwa Irdina Zaidi | Selangor FC |
| 8. | Nurul Azurin Mazlan | Sabah FA |
| 9. | Juliana Barek | Sabah FA |
| 10. | Siti Nurfaizah Saidin | Sabah FA |
| 11. | Jaciah Jumilis | Sabah FA |
| 12. | Haindee Mosroh | Sabah FA |
| 13. | Henrietta Justine | Sabah FA |
| 14. | Nur Dhiyaa Addin Mohd Azhari | MBSJ FC |
| 15. | Nur Adrienna Zamzaihiri | MBSJ FC |
| 16. | Dian Aqilah Mohammed Imran | MBSJ FC |
| 17. | Steffi Sarge Kaur | MBSJ FC |
| 18. | Nur Syafiqah Zainal Abidin | MBSJ FC |
| 19. | Intan Sarah Anisah Zulgafli | MBSJ FC |
| 20. | Nur Lyana Soberi | Kelana United FC |
| 21. | Waitie Taming | Kelana United FC |
| 22. | Nur Laila Syamila A Rahim | Kuala Lumpur FA |
| 23. | Kanchenjeet Kaur Nanua | Miami Dades Sharks (USA) |
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


