Sukan SEA 2025: Pasukan regu sepak takraw lelaki dapat undian mudah

Pada majlis undian yang berlangsung di Bangkok, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Laos dan Vietnam. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Skuad sepak takraw negara dijangka tidak berdepan masalah untuk menempah slot ke peringkat kalah mati acara regu pada Sukan SEA Thailand 2025 selepas menerima undian yang dianggap mudah, hari ini.
Ringkasan AI
- Skuad sepak takraw lelaki negara dijangka mudah mara ke peringkat kalah mati acara regu dan regu berpasukan di Sukan SEA 2025 selepas diundi dalam kumpulan yang dianggap tidak mencabar.
- Skuad wanita dan kuadran wanita berdepan cabaran sukar, termasuk bertemu pasukan kuat seperti Thailand, Vietnam dan Indonesia dalam format round robin dan kumpulan kompetitif.
- Pada edisi terdahulu, Malaysia meraih empat perak dan empat gangsa, dan kini berpeluang memperbaiki pencapaian tersebut dalam pelbagai acara termasuk regu, berpasukan dan kuadran.
Bagaimanapun, situasi berbeza bagi acara regu wanita apabila skuad negara dijangka berdepan cabaran sengit apabila dijadual bertemu Thailand, Vietnam dan Indonesia secara format round robin.
Bagi acara berpasukan wanita pula, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Indonesia, Myanmar dan Kemboja.
Sementara itu, bagi acara kuadran lelaki, Malaysia berada dalam Kumpulan B yang turut menampilkan Laos, Kemboja, Singapura, Brunei dan Vietnam.
Skuad kuadran wanita pula dijangka berdepan tugas getir selepas diundi bersama Thailand, Myanmar dan Indonesia.
Untuk rekod, pada edisi lalu, skuad sepak takraw negara meraih empat pingat perak dan empat gangsa secara keseluruhan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami