awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
Anwar harap Zoo Johor terus diperkasakan sebagai pusat rekreasi
Kerajaan peruntuk RM350 juta naik taraf JRTB di Perak - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA 2027: Malaysia akan kemuka cadangan senarai sukan selepas edisi 2025 berakhir

Bernama
Bernama
09/12/2025
07:15 MYT
Sukan SEA 2027: Malaysia akan kemuka cadangan senarai sukan selepas edisi 2025 berakhir
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (tengah) berkata senarai 38 sukan berkenaan adalah cadangan awal dan belum dimuktamadkan. - Foto MOM
BANGKOK: Malaysia akan secara rasmi membentangkan senarai cadangan sukan untuk Sukan SEA 2027 apabila mengambil alih jawatan pengerusi Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) sebaik sahaja Sukan SEA Thailand 2025 berakhir.

Ringkasan AI
  • Malaysia akan menyediakan senarai cadangan sukan untuk Sukan SEA 2027 apabila Sukan SEA Thailand 2025 berakhir, setelah mengambil alih jawatan pengerusi SEAGF.
  • Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyatakan bahawa senarai 38 sukan tersebut adalah cadangan awal yang belum diputuskan, untuk melindungi kepentingan Sukan SEA dan Gerakan Olimpik di rantau Asia Tenggara.
  • Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengumumkan beberapa sukan termasuk olahraga, badminton, bola sepak, hoki, dan karate akan disenaraikan untuk Sukan SEA Malaysia 2027.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata senarai 38 sukan berkenaan adalah cadangan awal dan belum dimuktamadkan.
"Sebagai organisasi yang bertanggungjawab terhadap temasya sukan pelbagai disiplin di Malaysia, NOC (Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan) berperanan melindungi dan memelihara kepentingan Sukan SEA, NOC anggota SEAGF dan Gerakan Olimpik di rantau Asia Tenggara," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook MOM hari ini.
MOM turut memaklumkan Mohamad Norza telah membentangkan laporan perkembangan penganjuran edisi ke-34 temasya dwitahunan itu, yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur, Sarawak, Pulau Pinang dan Johor dari 18 hingga 29 Sept 2027 pada mesyuarat akhir majlis SEAGF bagi penggal 2023-2025 di sini semalam.
Jumaat lepas, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengumumkan antara 38 sukan yang disenaraikan bagi Sukan SEA Malaysia 2027 ialah olahraga, badminton, bola sepak, hoki dan karate.
Upacara perasmian Sukan SEA Thailand 2025 akan diadakan di Stadium Nasional Rajamangala hari ini dan akan berlangsung hingga 20 Dis ini di dua wilayah, Bangkok dan Chonburi.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#Sukan SEA 2027
#Mohamad Norza Zakaria
#MOM
#cadangan senarai sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan