HANOI: Sukan SEA Ke-31 dengan rasminya berakhir dengan obor temasya itu dipadamkan, dalam majlis penutup yang penuh warna-warni dan bertenaga di Hanoi Indoor Games Gymnasium, di sini malam ini.
Majlis malam ini bermula dengan persembahan muzikal dan kebudayaan, yang diikuti dengan nyayian lagu kebangsaan Vietnam 'Doan Quan Viet-Nam Di'.
Majlis penutup penuh bertenaga, diwarnai dengan pertunjukan cahaya yang menakjubkan, dibahagikan kepada tiga bahagian - 'My Hanoi, your love', 'Gathering' dan 'Shining' - bagi menandakan permulaan semula aktiviti sukan di rantau ini, selepas terhenti sejak Mac 2020 akibat pandemik COVID-19.
Dengan gabungan lagu-lagu yang diaturkan pengarah muzik Huy Tuan, mengenai Hanoi termasuk 'Hanoi on a windy night', 'Fragant Hanoi', 'Corner of Hanoi' dan 'October Hanoi' dipersembahkan oleh artis seperti Dong Hung, Khanh Linh, Bao Tram dan Pham Anh Duy, yang dikoreografikan oleh Duong Dinh Hai.
Kontinjen atlet yang duduk di arena disambut dengan sorakan daripada penonton pada ketika bendera negara masing-masing dibawa masuk mengikut abjad bermula dengan Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste dan akhir sekali tuan rumah Vietnam.
Selepas perarakan masuk maskot, pengadil dan para sukarelawan, penonton dipersembahkan dengan tayangan video yang memaparkan sorotan aksi sukan SEA dari 6 Mei sehingga semalam, walaupun temasya dwitahunan itu secara rasminya bermula pada 12 Mei.
Selepas ucapan penutup oleh Presiden Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Ke-31 Nguyen Van Hung, Perdana Menteri Pham Minh Chinh mengistiharkan penutupan secara rasminya temasya itu.
Obor kejohanan kemudiannya dipadamkan dan bendera Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) dan Sukan SEA Ke-31 diturunkan, sebelum bendera SEAGF diserahkan kepada tuan rumah Sukan SEA Ke-32 Kemboja.
Ini diikuti dengan persembahan kebudayaan daripada Kemboja dinamakan 'Aspara dance' - simbol budaya, jiwa dan identiti masyarakat Khmer.
Kemboja akan menjadi tuan rumah Sukan SEA buat kali pertama dari 5 hingga 17 Mei tahun depan, dengan 40 jenis sukan telah dinamakan dalam senarai awal.
Persembahan terakhir malam itu adalah persembahan perpisahan oleh Vietnam dengan tarian LED dan gabungan lagu-lagu rakyat Quan Ho - yang diiktiraf sebagai warisan oleh UNESCO, termasuk 'Saying Goodbye', 'Inviting Betelnuts', dan 'Please Don't Leave' yang dinyayikan oleh 100 artis tempatan Bac Ninh.
Malaysia menduduki tempat keenam selepas memenangi 39 pingat emas, 45 perak dan 90 gangsa, melepasi sasaran pingat 36-35-75, manakala tuan rumah mengungguli carta dengan kutipan pingat 205-125-116.
Ini merupakan kali kedua Vietnam menjadi tuan rumah Sukan SEA, selepas kejayaan edisi 2003, dengan kira-kira 10,000 peserta dari 11 negara bertanding untuk memenangi pingat dalam keseluruhan 525 acara daripada 40 jenis sukan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 23 2022
Majlis malam ini bermula dengan persembahan muzikal dan kebudayaan, yang diikuti dengan nyayian lagu kebangsaan Vietnam 'Doan Quan Viet-Nam Di'. - Bernama
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
Gempur: Masalah lambakan kereta usang membelenggu penduduk
Lambakan kereta tersadai di kawasan flat Sri Pantai menyebabkan penduduk berdepan masalah kekurangan parkir. Ada yang sudah berbulan malah ada yang bertahun tersadai sehingga menyebabkan kesesakan di kawasan parkir. Walaupun beberapa kali pihak berkuasa menunda kenderaan, tetapi masalah ini terus berulang.
Ramai serbu Jalan TAR tapi belum cukup meriah
Saban tahun, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) meriah tatkala menghampiri Hari Raya Aidilfitri namun tahun ini, selepas lebih dua minggu Ramadan, suasananya masih belum cukup meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Kerajaan digesa buat semakan undang-undang atasi 'lanun digital'
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu mereka bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Tambahan 300 kaunter fizikal seluruh negara
DOSM menambah 300 kaunter PADU secara fizikal di seluruh negara.
[INFOGRAFIK] Sistem e-Dereg
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan Sistem e-Dereg. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Dialog Tiga Penjuru: Dah Daftar PADU?
Apa cara nak yakinkan dan beri jaminan kepada orang ramai berkaitan pendaftaran PADU adalah selamat daripada ancaman serangan siber?
Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi memperkukuh kawalan keselamatan data peribadi, mencukupi?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi memperkukuh kawalan keselamatan data peribadi, mencukupi?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Taekwondo tagih khidmat jurulatih Korea Selatan bantu Syafiq, Sebastian
Jurulatih itu juga diperlukan bagi memantau prestasi Muhammad Syafiq Zuber dan Sebastian Tan Chung Wan yang sedang memburu slot ke Paris.
Qabil tidak bercadang bersaing pada Olimpik 2024
Atlet ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil menjelaskan, persediaannya ke Sukan Asia Hangzhou 2022 menyebabkan beliau tidak dapat memberikan tumpuan untuk kelayakan ke Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Azeem mahu bukti kemampuannya sebagai terbaik Asia Tenggara
Muhammad Azeem mahu membuktikan dirinya sebagai jaguh Asia Tenggara apabila membuat penampilan sulungnya di Sukan Asia hari ini.
Nasib atlet RTG ditentukan September ini
Prestasi dan kemajuan atlet dalam program Road To Gold (RTG) akan dinilai semula bagi menentukan kedudukan mereka dalam program tersebut pada September ini.
Beri peluang atlet pecut wanita 'berguru' di luar negara - Mumtaz
Ia berdasarkan prestasi barisan atlet pecut wanita negara yang semakin menyerlah menerusi beberapa siri kejohanan sebelum ini.
ASN 2022: Syarul Azman intai peluang peroleh Anugerah Olahragawan Negara
Syarul berharap penilaian barisan panel berdasarkan kejayaannya dibuat secara adil dan saksama tanpa prejudis, sekali gus mengelak daripada berputih mata buat kali kelima sejak 2016.