awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA Hanoi: Kok Leong menang emas perseorangan 6-Red snuker

Bernama
Bernama
17/05/2022
14:53 MYT
Sukan SEA Hanoi: Kok Leong menang emas perseorangan 6-Red snuker
Lim Kok Leong hari ini memastikan pingat emas Sukan SEA acara perseorangan 6-Red snuker lelaki kekal dalam genggaman Malaysia, dengan memenangi pingat itu di Ha Dong Gymnasium, malam ini. - Foto Facebook/Faizal Azumu
HANOI: Pemain snuker negara Lim Kok Leong hari ini memastikan pingat emas Sukan SEA acara perseorangan 6-Red snuker lelaki kekal dalam genggaman Malaysia, dengan memenangi pingat itu di Ha Dong Gymnasium, malam ini.
Pemain berusia 27 tahun itu mengalahkan Jefrey Roda dari Filipina 5-3 pada perlawanan akhir hari ini bagi memenangi pingat emas individu pertamanya di Sukan SEA, selepas acara itu ditandingkan semula pada temasya dwitahunan, selepas sembilan tahun.
"Tiada tekanan untuk saya dan saya ambil kesempatan atas kekurangan pengalaman Jefrey kerana beliau masih muda. Saya gembira untuk memang. Saya mahu berterima kasih kepada Persekutuan Snuker dan Biliard Malaysia (MSBF) atas sokongan mereka," katanya.
Terdahulu pada separuh akhir, Kok Leong mengalahkan Suchakree Poomjang dari Thailand 5-2, manakala Jefrey mengalahkan seorang lagi pemain Malaysia Moh Keen Hoo 5-3. Kedua-dua pemain yang tewas pada separuh akhir, berkongsi pingat gangsa.
Kok Leong dan Keen Hoo menang pingat emas beregu pada edisi Filipina 2019.
Acara perseorangan 6-Red snuker sebelum ini pernah dipertandingkan dua kali di Sukan SEA iaitu di Korat 2007 dan Myanmar 2013.
Pemain snuker Malaysia Thor Chuen Loong menang emas pada edisi 2013.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan SEA Hanoi
#6 red snuker
#pingat emas
#Lim Kok Leong
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan