awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA Hanoi: Pandelela-Nur Dhabitah pastikan Malaysia sapu bersih emas terjun

Astro Arena
Astro Arena
11/05/2022
11:05 MYT
Sukan SEA Hanoi: Pandelela-Nur Dhabitah pastikan Malaysia sapu bersih emas terjun
Pandelela dan Nur Dhabitah menghimpunkan 292.14 mata keseluruhan, jauh meninggalkan wakil Singapura, Ong Rei En-Ong Sze En, yang muncul pemenang tempat kedua. - Foto BERNAMA
HANOI: Skuad terjun negara mengotakan janji untuk menyapu bersih seluruh pingat emas yang dipertandingkan sukan itu dalam Sukan SEA Hanoi 2021.
Ini selepas gandingan dua penerjun elit, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri, menepati ramalan mengungguli acara 10 meter platform seirama wanita di Pusat Akuatik My Dinh, Hanoi sebentar tadi.
Pandelela dan Nur Dhabitah menghimpunkan 292.14 mata keseluruhan, jauh meninggalkan wakil Singapura, Ong Rei En-Ong Sze En, yang muncul pemenang tempat kedua dengan 225.42 mata keseluruhan.
Pingat gangsa pula menjadi milik wakil tuan rumah, Bui Thi Hong Giang-Mai Hong Hanh dengan 185.25 mata.
Sebagai rekod, skuad terjun negara meletakkan sasaran lapan pingat emas untuk menyapu bersih kesemua yang dipertandingkan dalam edisi kali ini, di mana ia dilengkapkan Pandelela dan Nur Dhabitah dalam acara terakhir hari ini.
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Sukan SEA
#Hanoi
#Pandelela Rinong
#Nur Dhabitah Sabri
#10 meter platform seirama wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan