awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA Hanoi: Skuad Harimau Muda ikat perlawanan 2-2 dengan Kemboja

Hilmi Malik
Hilmi Malik
16/05/2022
11:40 MYT
Sukan SEA Hanoi: Skuad Harimau Muda ikat perlawanan 2-2 dengan Kemboja
Hadi Fayyadh Abdul Razak menyumbangkan dua gol buat Skuad Harimau Muda menjadikan kedudukan seri 2-2 dalam aksi menentang Kemboja.
KUALA LUMPUR : Pasukan bola sepak negara terlepas peluang untuk mendapatkan status juara bagi Kumpulan B apabila Skuad Harimau Muda mengikat perlawanan 2-2 dengan Kemboja dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Thien Truong, Nam Dinh pada Isnin.
Perlawanan babak pertama kelihatan agak perlahan apabila pasukan Malaysia masih dalam usaha untuk membaca strategi pihak lawan selain terlepas beberapa peluang untuk memburu jaringan.
Kemboja, bagaimanapun, tampil mendahului di babak pertama apabila berjaya menembusi gawang negara hasil sumbangan Choun Chanchav.
Jaringan gol Kemboja ternyata tidak mematahkan semangat Skuad Harimau Muda apabila Malaysia mengambil giliran untuk menjaringkan gol sebaik sahaja enam minit permulaan babak kedua.
Jaringan gol pertama negara berjaya disumbang Hadi Fayyadh Abdul Razak setelah pihak lawan membuka ruang sepakan penalti selepas menjatuhkan Syafik Ismail yang membawa kepada kedudukan seri 1-1.
Tidak senang duduk dengan serangan Malaysia, Ky Rina akhirnya menjaringkan gol kedua yang juga merupakan serangan balas yang dilakukann pada minit ke-60.
Hadi Fayyadh kelihatan tidak cukup dengan hanya menjaringkan satu gol selepas menyumbangkan gol keduanya hasil hantaran leret oleh Luqman Sham yang dipamerkan pada minit ke 67.
Jaringan itu juga sekali gus menjadikan Malaysia dan Kemboja kekal dengan kedudukan 2-2 hingga ke akhir perlawanan.
Setakat ini, Malaysia masih kekal dengan kedudukan teratas Kumpulan B dengan mengumpul lapan mata, dua mata mengatasi Thailand di tangga kedua dan aksi pasukan jiran itu dengan Laos malam ini akan menentukan kedudukan akhir kumpulan.
Topic Berkaitan
#harimau muda
#Sukan SEA Hanoi
#Malaysia
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan