awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA Hanoi: Skuad karate butir emas berganda

Astro Arena
Astro Arena
18/05/2022
13:34 MYT
Sukan SEA Hanoi: Skuad karate butir emas berganda
H. Sureeya Sankar cemerlang meraih pingat emas acara Kumite bawah 67 kilogram selepas mengetepikan wakil Indonesia dalam final. - Gambar/ Stadium Astro
SKUAD karate negara membutirkan emas berganda dalam acara Kumite Sukan SEA Hanoi 2021 selepas dua atletnya mengungguli acara masing-masing di Gimnasium Ninh Binh hari ini.
C. Shahmalarani mencipta kejutan dalam penampilan pertamanya apabila memenangi pingat emas acara kumite bawah 50 kilogram wanita selepas menewaskan wakil Thailand, Chanyanut Chippensuk, dalam aksi final.
Dalam pertarungan itu, Chanyanut terjatuh di posisi yang tidak sepatutnya sehingga patah tangan dan tidak dapat meneruskan saingan, sekali gus memberikan kemenangan buat Shahmalarani.
Dalam pada itu, H. Sureeya Sankar turut cemerlang meraih pingat emas acara Kumite bawah 67 kilogram selepas mengetepikan wakil Indonesia dalam final.
Meskipun diberikan tentangan hebat, Sureeya tenang mengawal situasi sebelum menewaskan Tebing Hutapea 5-3 untuk memenangi pingat emas kedua skuad karate dalam edisi kali ini.
Artikel asal di Stadium Astro.
Topic Berkaitan
#Sukan SEA
#Hanoi
#karate
#pingat emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan