awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MCA tiada niat tinggalkan BN - Wee Ka Siong
Kerajaan tidak halang Selangor laksana ternakan babi berpusat, moden - Mohamad Sabu
Kes tikam pelajar: Laporan psikiatri sahkan remaja lelaki layak dibicarakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA Hanoi: Skuad negara benam Laos 3-1

Astro Awani
Astro Awani
11/05/2022
14:15 MYT
Sukan SEA Hanoi: Skuad negara benam Laos 3-1
Keputusan itu menyaksikan anak didik Brad Maloney mengungguli carta Kumpulan B dengan enam mata selepas menang dalam dua perlawanan. - Gambar/ FAM
SKUAD bola sepak Bawah 23 negara meneruskan aksi cemerlang dalam saingan peringkat kumpulan temasya Sukan SEA ke-31 selepas menewaskan Laos 3-1, malam ini.
Keputusan itu menyaksikan anak didik Brad Maloney mengungguli carta Kumpulan B dengan enam mata selepas menang dalam dua perlawanan.
Walaupun bermula perlahan, pemain negara mula meningkatkan momentum permainan apabila rembatan Luqman Hakim pada minit ke-36 memastikan Malaysia mendahului 1-0.
Ketika perlawanan menghampiri masa rehat separuh masa pertama, Syahir Bashah melakukan ledakan cantik di sebelah kiri gawang lawan untuk mencetak gol kedua pada minit ke-43.
Sebaik separuh masa kedua bersambung, Malaysia terus menggandakan asakan dan gol peribadi kedua Luqman Hakim pada minit ke-67 memastikan pasukan negara terus selesa di hadapan.
Ketika menghampiri penghujung perlawanan, Laos berjaya menjaringkan gol saguhati menerusi Visith Bounpaserth.
Bagaimanapun peluang Laos untuk bangkit tidak kesampaian apabila Malaysia terus mengawal perlawanan sehingga ke wisel penamat.
Topic Berkaitan
#Sukan SEA Hanoi
#bola sepak
#Malaysia
#laos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan