PETALING JAYA: Skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara membawa misi wajib menang apabila bertandang ke Stadium Prince, Phnom Penh di Kemboja dengan perlawanan pertama menentang Laos bagi saingan kumpulan B, Rabu ini.
Tonggak tengahnya, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi berharap rakan sepasukan mampu menggunakan semua pengalaman yang dimiliki untuk mengutip tiga mata penuh, sekali gus membakar semangat untuk terus menampilkan aksi cemerlang dalam beberapa perlawanan lain di peringkat kumpulan.
"Kita perlu kumpul tiga mata pada perlawanan pertama untuk bakar semangat (walaupun) satu cabaran yang sukar melawan Laos... (jadi kita) tidak harus mengambil mudah cabaran lawan.
"Saya tengok semua pemain dapat menyesuaikan diri dengan taktikal jurulatih. Saya pernah bermain dalam pasukan senior dengan taktikal yang sama. Jadi saya harap pemain dapat fokus untuk Sukan SEA kali ini," katanya ketika ditemui pemberita ketika menjalani latihan akhir di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya di sini pada Isnin.
Muhammad Mukhairi, 22, yang mengimpikan kemenangan buat pasukannya, turut berjanji mencari persefahaman secepat mungkin bersama skuad kendalian E. Elavarasan itu memandangkan beliau tidak dapat bersama ketika pasukan menjulang Piala Merlion 2023 di Singapura Mac lepas kerana mengalami jangkitan kuman dalam perut.
'Saya nak (Malaysia jadi) juara sebab tahun lepas kita kalah semi final. Saya harap tahun ini peluang terbaik kerana ini Sukan SEA terakhir saya dan saya akan buat yang terbaik," katanya yang akan berlepas ke Kemboja esok bersama skuad B-22.
Bagi saingan edisi kali ini, Malaysia di undi dalam Kumpulan B dan dijadualkan bertemu Laos (3 Mei) diikuti Thailand (6 Mei) dan Vietnam (8 Mei) dan Singapura (11 Mei).
Perjalanan skuad bola sepak di temasya dwitahunan itu pada edisi tahun lepas di Hanoi, Vietnam terhenti di peringkat separuh akhir selepas tewas 0-1 kepada pasukan tuan rumah yang juga juara bertahan.
Dua belas tahun lepas di Jakarta, Indonesia, Malaysia meraih emas dengan menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat dengan keputusan 1-1.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 01 2023
Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi berharap rakan sepasukan mampu menggunakan semua pengalaman yang dimiliki untuk mengutip tiga mata penuh. - Foto fail/Sinar Harian
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara ini bakal dirasmikan 10 Mei ini.
Utara Gaza hadapi kebuluran yang mungkin merebak ke selatan
Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Cindy McCain hari ini mengesahkan berlaku kebuluran secara menyeluruh di utara Semenanjung Gaza yang mungkin merebak ke sela
Tumpuan Ahad - 05 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei
Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.
10 Berita Pilihan - (04 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Projek pembangunan: Kedah rakam penghargaan maklum balas baik PM, ada kelulusan segera
Muhammad Sanusi berkata sebanyak lapan projek dikemukakan untuk persetujuan Kerajaan Persekutuan selain berbelas lagi dimasukkan ke dalam senarai.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
AWANI Ringkas: Bersih anjurkan kongres Mei depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siklon Hidaya hampiri Tanzania
Tanzania berada dalam keadaan berjaga-jaga pada Sabtu apabila Siklon Hidaya bergerak menghampiri kawasan pantai, membawa bersamanya hujan lebat, angin kencang dan ancaman ribut.
FAM penuhi permintaan Pan-gon
Permintaan Kim Pan-gon yang mahu penerbangan sewa khas untuk ke Kyrgyzstan juga telah ditunaikan oleh FAM.
Bukan FAM, Tengku Zafrul mahu beri tumpuan kepada MITI
Tengku Zafrul hanya berminat memberikan tumpuan kepada MITI selepas namanya dikaitkan dengan jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
FIFA lulus penggunaan VAR di Liga Malaysia - FAM
Penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula musim 2024/2025 sudah mendapat pengiktirafan dan kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
SPRM sahkan tiada penyelewengan, rasuah dikesan dalam projek NTC setakat ini
SPRM mengesahkan tidak menemui sebarang penyelewengan serta rasuah setakat ini berhubung cadangan projek pembinaan National Training Center (NTC) di Putrajaya yang dianggar bernilai RM25 juta.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
FAM tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.