BEKAS Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Mazlan Ahmad, menolak persepsi bahawa pencapaian kontinjen Malaysia dalam Sukan SEA Filipina tidaklah seburuk yang digembar-gemburkan gara-gara tidak mencapai sasaran 70 pingat emas.
Ia disifatkan satu pengajaran berguna buat MSN serta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) agar tidak menerima bulat-bulat pembentangan yang dilakukan persatuan sukan kebangsaan dalam memutuskan jumlah sasaran pingat temasya.
Sebagai orang lama dalam badan pentadbiran sukan, Mazlan mengakui 70 emas yang disasarkan adalah cukup tinggi dengan mengambil kira pelbagai faktor dan MSN seharusnya meletakkan sasaran yang lebih realistik.
Dengan 56 pingat emas dalam genggaman, ia tidaklah menggambarkan program sukan negara gagal sepenuhnya memandangkan Malaysia pernah mengharungi temasya dwitahunan itu dengan pungutan emas yang lebih rendah.
"Walaupun tidak dapat capai sasaran 70 emas, ia bukanlah yang terburuk seperti yang dikatakan sesetengah pihak.
"Sebelum ini ada yang lebih buruk," katanya.
BACA: Malaysia gagal penuhi sasaran 70 emas dan kedudukan empat terbaik
BACA: Kegagalan capai 70 emas Sukan SEA 2019 harus diterima semua pihak - Ketua Kontinjen
BACA: Gagal capai sasaran 'wake up call' untuk semua pihak - Steven
BACA: Sukan SEA: Pandang rendah prestasi atlet lain punca gagal capai sasaran emas
Mazlan juga melahirkan pandangan agar Persekutuan Sukan SEA (SGF) perlu kembali mematuhi peraturan lama yang dibentangkan pada 2010.
Tuan rumah boleh menentukan penganjuran sukan yang dipecahkan kepada tiga kategori, khususnya kategori sukan lain yang menetapkan tuan rumah hanya boleh menyenaraikan maksimum lapan acara sahaja daripada 14 jenis.
"Ini salah satu masalah yang dihadapi bukan negara kita sahaja, termasuklah oleh atlet-atlet negara lain.
"Ini kerana nasib kedudukan sukan ini belum tentu akan dipertandingkan dalam Sukan SEA Vietnam 2021.
"Ini menjadi masalah kepada atlet-atlet sukan berkenaan."
Astro Arena
Thu Dec 12 2019
Mazlan juga melahirkan pandangan agar Persekutuan Sukan SEA perlu kembali mematuhi peraturan lama yang dibentangkan pada 2010. - Astro ARENA
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Gempa bumi sederhana dikesan di Filipina
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter dikesan berlaku di Mindanao, Filipina pada 11.34 pagi ini.
China gesa Filipina henti pencabulan, provokasi di Laut China Selatan
Tentera Filipina pada Sabtu dakwa kapal pengawal pantai China menggunakan meriam air terhadap kapal bekalan Filipina di Laut China Selatan.
Menteri Luar India akan lawat Singapura, Filipina dan Malaysia
Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar akan melakukan lawatan rasmi ke Singapura, Filipina dan Malaysia dari 23 hingga 27 Mac ini.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Skandal jualan beras: Filipina gantung tugas lebih 130 pegawai
Arahan itu akan berkuat kuasa pada Isnin sementara siasatan dijalankan untuk menentukan kebenaran dakwaan berkenaan
Rantau ASEAN dilanda 36 bencana, Indonesia dan Filipina paling terjejas teruk
Rantau ASEAN mengalami 36 bencana sepanjang minggu lepas, termasuk banjir, tanah runtuh dan insiden berkaitan angin, terutama di Indonesia, Filipina dan Malaysia.
Ekonomi Filipina paling pesat di Asia Tenggara, pinggirkan Malaysia, Vietnam
Filipina mengatasi Vietnam dan Malaysia untuk menjadi ekonomi yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara pada 2023, dengan pertumbuhan dipacu kepenggunaan, perkhidmatan dan pelaburan.
MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Jelawat
MetMalaysia mengeluarkan nasihat ribut tropika Jelawat yang bergerak ke arah barat kira-kira 396 kilometer (km) timur laut Davao, Filipina.
Rakyat Malaysia diculik sebelum dibunuh di Filipina - Bukit Aman
Seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Manila, Filipina telah diculik sebelum dibunuh oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali pada 22 Okt lepas.
Gempa bumi kuat 6.4 magnitud landa Mindanao
Gempa dengan kedalaman 81 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 76km utara dari Bislig, Filipina.