Malaysia, selaku juara bertahan, bermula dengan langkah kanan apabila Juliani Mohamad Din membuka tirai gol menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-14.

Hanis Nadia Onn pula menambah jaringan kedua menerusi gol padang pada minit ke-25.

Skuad kendalian Mohammed Nasihin Nubli Ibrahim bersemangat atas padang dan menambahkan tekanan kepada lawan dengan jaringan ketiga oleh Rabiatul Adawiyah Mohamed selang seminit kemudian.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Fazilla Sylvester Silin memberi kedudukan selesa Malaysia dengan jaringan padang pada minit ke-35.

Bersambung babak kedua, Surizan Awang Noh mendapatkan jaringan kelima pada minit ke-44 diikuti Hanis Nadiah pada minit ke-48 menerusi pukulan sudut penalti.

Kemudian Juliani bertindak cemerlang dengan akhir negara menerusi dengan pukulan sudut penalti pada minit ke-60.

Nasihin berkata walaupun skuad negara berjaya meraih kemenangan besar namun pujian perlu diberikan kepada skuad Singapura yang bagus di bahagian pertahanan.

"Saya melihat perlawanan Thailand tadi. Mereka menunjukkan permainan yang baik tetapi saya yakin skuad negara mampu mengatasi mereka esok. Bahagian serangan skuad negara masih perlu ditingkatkan," kata Nasihin.

Skuad wanita akan bertemu Thailand yang mencatat kemenangan besar menewaskan Indonesia 9-0 pada Ahad.

Selain itu, skuad hoki lelaki negara turut mengatasi lawan mereka selepas membenamkan Thailand 3-0.

Malaysia membuka jaringan seawal minit ketiga menerusi Aminudin Mohd Zain, dan Najmi Farizal Jazlan pada minit ke-24 untuk mendahului 2-0 pada separuh masa.

Bersambung babak kedua perlawanan, Najmi Farizal menjaringkan gol ketiga pada minit ke-43.

Skuad lelaki, juga selaku juara bertahan, akan berjumpa tuan rumah, Singapura pada Isnin ini.