awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA: Tang Jie-Ee Wei tumpas kepada pasangan Thailand, gagal ke final

Bernama
Bernama
13/12/2025
05:55 MYT
Sukan SEA: Tang Jie-Ee Wei tumpas kepada pasangan Thailand, gagal ke final
Tang Jie-Ee Wei gagal menangkis tekanan berterusan daripada pasangan Thailand. - Gambar/ Bernama
BANGKOK: Hasrat Malaysia untuk meraih pingat emas dalam acara beregu campuran pada Sukan SEA 2025 tidak kesampaian selepas pasangan pilihan utama dan juara dunia Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tewas pada aksi separuh akhir di Pathum Thani hari ini.
Beregu nombor satu negara itu tewas 15-21, 16-21 kepada pilihan keempat dan pasangan tuan rumah Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat dalam tempoh 44 minit di Gimnasium 4, Kampus Rangsit Universiti Thammasat.
Walaupun tampil sebagai pilihan utama, Tang Jie-Ee Wei gagal menangkis tekanan berterusan daripada pasangan Thailand itu, sekali gus mencatatkan kekalahan pertama mereka kepada lawan berkenaan selepas memenangi ketiga-tiga pertemuan terdahulu.
Ee Wei mengakui mereka gagal menerapkan corak permainan sendiri dan bergelut mengurus tekanan pada perlawanan itu.
"Kami sememangnya sudah cukup sedia hadapi perlawanan ini namun saya rasa pasangan Thailand lebih banyak beri tekanan kepada kami, sebab itu kami agak bergelut.
"Kami akui kami belum sampai tahap maksimum lagi. Walaupun orang cakap kami dapat gelaran Kejuaraan Dunia tapi kami belum sampai tahap boleh hadapi tekanan dengan baik. Kami masih dalam proses belajar," katanya selepas perlawanan itu.
Sementara itu, Tang Jie, yang pernah memenangi emas bersama Peck Yen Wei pada edisi 2021, meluahkan kekecewaan terlepas peluang ke final, sambil mengakui masih sukar menghadam apa yang tidak menjadi dalam perlawanan penting itu.
Sukan SEA 2025 berlangsung dari 9 hingga 20 Disember di dua wilayah, iaitu Bangkok dan Chonburi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan SEA
#badminton
#beregu campuran negara
#toh ee wei
#Chen Tang Jie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan