awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA Thailand: Jumlah sasaran pingat akan diumum pada November - Hannah

Bernama
Bernama
24/09/2025
21:00 MYT
Sukan SEA Thailand: Jumlah sasaran pingat akan diumum pada November - Hannah
Hannah bercakap kepada media selepas menghadiri Kejohanan Wushu Wanita ASEAN-China 2025 kali pertama di Seremban semalam. --fotoBERNAMA
SEREMBAN: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata jumlah sasaran pingat bagi Sukan SEA Thailand 2025 akan diumumkan dengan lebih terperinci pada November ini.
Beliau berkata sasaran pingat ditetapkan mengikut jumlah keseluruhan, bukan mengikut warna dan dibuat dengan mengambil saranan pakar daripada Nippon Sports Science University (NSSU) Jepun.
"Apa yang diumumkan, tiada lagi sasaran mengikut bilangan warna pingat (emas, perak dan gangsa), hanya ada pingat keseluruhan yang kita sasar... ini berdasarkan cadangan pakar NSSU yang bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kejohanan Wushu Wanita ASEAN-China 2025 kali pertama di sini semalam.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin sebelum ini dilaporkan berkata mengenai sasaran pingat, Malaysia mempunyai peluang lebih baik berbanding edisi Kemboja pada 2023 yang menyaksikan banyak acara tradisi tempatan dipertandingkan.
Beliau berkata Malaysia akan menghantar skuad terbaik pada Sukan SEA Thailand 2025, yang akan bermula dari 9 hingga 20 Dis ini, sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA 2027 di Kuala Lumpur apabila negara menjadi tuan rumah temasya itu.
Berkongsi perkembangan sukan di Negeri Sembilan, Hannah berkata setakat tahun ini, kos projek pembangunan termasuk infrastruktur sukan serta bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berjumlah RM144 juta.
Beliau berkata daripada 15 projek yang terlibat, empat sudah siap, lima sedang dilaksanakan manakala enam lagi berada di peringkat prapelaksanaan.
"Setiap tahun, kementerian berusaha memastikan pembangunan infrastruktur itu dijalankan di setiap negeri, cara permohonan semua ini dijelaskan di dalam Parlimen, bagi pembinaan perlu melalui fasiliti dan tanah adalah milik kerajaan Persekutuan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan SEA Thailand
#sasaran pingat
#Hannah Yeoh
#perkembangan sukan Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan