awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA: Thor sumbang emas sulung snuker negara

Bernama
Bernama
12/12/2025
15:27 MYT
Sukan SEA: Thor sumbang emas sulung snuker negara
Thor mengakui kemenangan itu tidak datang mudah kerana beliau berdepan tekanan selain perlu mengurus cabaran mental sebelum memastikan emas menjadi miliknya. - Bernama
BANGKOK: Pemain berpengalaman negara Thor Chuan Leong menghadiahkan pingat emas sulung kepada kem snuker negara di Sukan SEA Thailand 2025 selepas mengungguli acara 6-Red perseorangan lelaki hari ini.
Dalam aksi berlangsung di Thunder Dome Muang Thong Thani, pemain berusia 37 tahun itu tampil cemerlang apabila melakar kemenangan lima frame berturut-turut untuk menewaskan peserta tuan rumah, Danjirakul Poramin yang hanya mengutip dua frame.
Kali terakhir Thor memenangi acara 6-Red ialah pada edisi 2013 di Naypyidaw.
Thor mengakui kemenangan itu tidak datang mudah kerana beliau berdepan tekanan selain perlu mengurus cabaran mental sebelum memastikan emas menjadi miliknya.
"Sangat gembira sebab sebelum ini memang ada tekanan kerana keputusan ini akan jadi pemangkin untuk Sukan SEA di Malaysia nanti.
"Jadi saya fikir sekurang-kurangnya saya perlu mendapatkan satu emas. Saya beri tekanan kepada diri sendiri, sebab itu saya sangat gembira dan semua orang datang tengok saya," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.
Beliau turut berbangga dapat meneruskan rentak cemerlang rakan sepasukan Lim Kok Leong dan Moh Keen Hoo yang masing-masing meraih emas acara sama pada edisi Hanoi 2021 dan Kemboja 2023.
Kejayaan hari ini menyaksikan koleksi emas Sukan SEA Thor kini meningkat kepada enam keseluruhan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thor Chuan Leong
#snuker
#pingat emas
#Sukan SEA
#6-red
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan