awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA: Tiga mata pertama buat Malaysia selepas tewaskan Thailand 2-1

Astro Awani
Astro Awani
07/05/2022
14:17 MYT
Sukan SEA: Tiga mata pertama buat Malaysia selepas tewaskan Thailand 2-1
Pemain Malaysia, Lukman Hakim (kiri) digasak pemain lawan ketika menentang pasukan Thailand pada saingan Sukan Sea 2021 di Stadium Thien Truong malam ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia menumpaskan pasukan gergasi bola sepak Asia Tenggara, Thailand 2-1 dalam saingan kumpulan B Sukan SEA Hanoi 2022 yang mendebarkan pada malam ini.
Skuad bimbingan Brad Maloney, berjaya mematahkan hasrat Thailand yang mula mendahului dalam aksi babak pertama hasil jaringan Patrik Gustavsson pada minit ke-33.
Memasuki separuh kedua, pasukan Malaysia menghampiri kutipan mata pertama selepas mempamerkan aksi luar biasa dengan serangan bertubi-tubi sehingga membolosi pintu gol juara 16 kali, Thailand pada minit ke-61 hasil rembatan Danial Asri.
Gol kedua pasukan tanah air muncul pada babak terakhir apabila Nur Azfar Fikri Azhar menyumbang satu lagi gol pada minit ke 90 dengan pertambahan empat minit.
Sukan SEA ke-31 | Malaysia tewaskan Thailand 2-1 dalam aksi sulung
Ia sekali gus mengakhiri perlawanan yang berlangsung di Stadium Thien Truong Hanoi, Vietnam dengan mata pertama dalam kumpulan B.
Selepas bertemu Thailand, Malaysia dijadual menentang Laos pada 11 Mei, Singapura (14 Mei) dan Kemboja 16 Mei di venue sama dalam memburu dua slot terbaik ke peringkat separuh akhir.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Sukan SEA
#Thailand
#Malaysia
#Asia
#Hanoi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan