UBON RATCHATHANI (Thailand): Perenang wanita negara, Ong Yong Qi mempamerkan aksi renangan bertenaga sebelum berhasil meraih pingat emas kedua buat kem renang negara di temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022, di sini, hari ini.
Yong Qi, 20, menceriakan kem renang selepas mengungguli acara 200 meter (m) kuak kupu-kupu wanita tatkala tujuh lagi aksi final renang berlangsung di Kampus Ban Yang Noi kurang menyerlah.
Atlet kelahiran Johor itu merekodkan catatan masa 2 minit :18.45 saat (s), menewaskan peserta Indonesia, Adinda Kirana (2:18.63s) diikuti peserta Thailand, Panthira Subha-amorn (2:22.26s).
"Gembira berjaya sumbangkan emas buat kontinjen negara hari ini, walaupun masa dalam aksi final tidak begitu baik, ia sudah cukup untuk saya meraih tempat pertama.
"AUG ini sebahagian persiapan saya untuk mewakili negara pada Sukan SEA Kemboja pada tahun hadapan," katanya.
Semalam, Low Zheng Yong menyumbang emas pertama menerusi acara renang 400 meter (m) gaya bebas lelaki.
Dalam aksi lain, perenang Olimpik kelahiran Sarawak, Welson Sim, sekadar meraih pingat perak dalam acara 200m gaya bebas lelaki manakala Terence Ng Shin Jian dengan gangsa di mana emas menjadi milik perenang Indonesia, Joe Aditya Wijaya Kurniawan.
Acara 200m kuak kupu-kupu lelaki, Low Zheng Yong meraih gangsa terpaksa akur dengan emas milik perenang Thailand, Wongcharoen Navaphat dan perak diraih Joe Aditya dari Indonesia.
Sementara itu, acara 4x100m gaya bebas wanita, pingat emas menjadi milik Thailand, sementara perak diraih Malaysia serta gangsa diraih Singapura.
Malaysia dalam masa sama meraih perak bagi acara 4x100 gaya bebas lelaki manakala emas milik Indonesia dan gangsa milik Thailand.
Kem renang negara sehingga hari ini menghadiahkan dua emas, lima perak dan dua gangsa buat kontinjen negara di AUG ke-20 itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 27 2022
Yong Qi, 20, menceriakan kem renang selepas mengungguli acara 200 meter (m) kuak kupu-kupu wanita tatkala tujuh lagi aksi final renang berlangsung di Kampus Ban Yang Noi kurang menyerlah. - Foto Sinar Harian
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Sukan Universiti ASEAN: Ong Yong Qi hadiahkan pingat emas kedua kem renang negara
Ong Yong Qi meraih pingat emas kedua buat kem renang negara di temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022.