awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Johor ucap tahniah Johor juarai Sukma 2022

Bernama
Bernama
24/09/2022
21:02 MYT
Sultan Johor ucap tahniah Johor juarai Sukma 2022
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan ucapan tahniah kepada kontinjen Johor kerana menjadi juara Sukan Malaysia 2022 yang berakhir semalam. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, menzahirkan ucapan tahniah kepada kontinjen Johor atas kejayaan menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang berakhir semalam.
"Tahniah kontinjen Johor juara Sukma 2022," titah Sultan Ibrahim menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda.
Turut menzahirkan ucapan sama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kontinjen Johor yang memenangi Sukma 2022 yang menutup tirainya hari ini (semalam).
"Saya merasa bangga melihat kontinjen Johor dapat meraih 77 emas dalam kejohanan kali ini, sekali gus berjaya melepasi sasaran awal yang diletakkan iaitu 40 emas. Tahniah saya ucapkan sekali lagi kepada kontinjen Johor," titah Tunku Ismail menerusi hantaran di Facebook rasmi.
BACA: Sukma ke-20: Johor juara, Azizulhasni, Nicol David, Chong Wei gamatkan majlis penutup
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi hantaran di laman Facebook berkata, Johor mencipta sejarah apabila berjaya menjadi juara buat pertama kali dalam 36 tahun penganjuran Sukma.
Pada temasya kali ini, barisan atlet Harimau Selatan mengungguli carta kedudukan pingat dengan kutipan 77 emas, 52 perak dan 43 gangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukma 2022
#johor juara
#Sultan Johor
#onn hafiz ghazi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan