REAL MADRID 1 BARCELONA 3
Gavi menjaringkan satu gol dan mencetuskan dua lagi jaringan ketika Barcelona mengatasi Real Madrid 3-1 dalam final Supercopa de Espana awal pagi tadi, sekali gus memberikan Xavi kejuaraan pertama sepanjang bergelar pengendali pasukan berkenaan.
Pemain remaja itu beraksi cemerlang dengan membuka jaringan selepas menerima umpanan Robert Lewandowski dalam aksi El Clasico itu di Riyadh, Arab Saudi.
Gavi kemudian membalas jasa Lewandowski dengan melakukan lintangan untuk ditolak masuk penyerang itu bagi memastikan Blaugrana ke bilik persalinan di Stadium King Fahd dengan kelebihan dua gol.
Tidak lama selepas perlawanan bersambung, Gavi sekali lagi memainkan peranannya, kali ini dengan lintangan rendah untuk disudahkan Pedri, sekali gus menjadikan kedudukan 3-0 memihak Barca.
Karim Benzema, dalam pada itu, memperoleh jaringan sagu hati buat Madrid pada lewat permainan tetapi juara Eropah dan LaLiga berkenaan sememangnya tidak dapat menandingi seteru tradisi mereka itu dalam pertemuan kali ini.
Ia merupakan gelaran Supercopa ke-14 buat Barca dan juga kejuaraan pertama Xavi sejak dilantik selaku ketua jurulatih pasukan itu pada November 2021.
Astro Arena
Mon Jan 16 2023

Pemain Barcelona, dari kiri, Ousmane Dembele, Lewandowski dan Gavi meraikan kemenangan bersama trofi selepas aksi final Supercopa de Espana antara Real Madrid dan Barcelona FC di Stadium King Fahd, Riyadh, Arab Saudi, 16 Jan 2023. REUTERS
Paris anjur mesyuarat bersama negara eropah Isnin ini
Pemimpin Eropah mengadakan mesyuarat di paris pada Isnin bagi membincangkan rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menamatkan perang di Ukraine.

Paris anjur mesyuarat mengenai Ukraine bersama negara Eropah Isnin ini
Pemimpin Eropah akan membincangkan rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menamatkan perang di Ukraine dalam satu mesyuarat di ibu negara Perancis pada Isnin.

Muslim Care sumbang van jenazah kurangkan kos bawa balik jenazah dari Singapura
MCM telah menyumbang sebuah van jenazah kepada rakan NGO yang berpangkalan di Johor, 1ThirdMedia Movement, bagi mengurangkan kos dan masa untuk membawa balik jenazah rakyat Malaysia dari Singapura.
Rakyat Palestin bimbang Trump luluskan penghantaran bom ke Israel.
Mereka menyifatkan tindakan Trump itu jelas menunjukkan bahawa Amerika Syarikat sentiasa berpihak kepada Israel untuk menindas rakyat Palestin

PM Anwar beri sumbangan kepada Binnamal, warga emas hidap penyakit kronik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang warga emas wanita yang cekal menghadapi kehidupan meskipun menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kaki bengkak
Tiga polis Palestin maut serangan terbaharu Israel
Tiga anggota polis terbunuh dalam serangan terbaharu Israel di timur Rafah, semenanjung Gaza pada Ahad.
Tumpuan Isnin – 17 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Pink Ribbon Centre di HRPZ II beroperasi hari ini, bantu pesakit kanser payudara
Pink Ribbon Centre (PRC) di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini mula beroperasi hari ini bagi membantu pengesanan awal serta merawat pesakit kanser payudara.
Bangunan baharu PPD Sipitang bernilai RM11.3 juta siap
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sipitang yang baharu diserahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Kementerian Pendidikan.
Tindakan peniaga jagung hina kaum india keterlaluan - Gobind
Pemilik gerai yang didakwa menghina komuniti India baru-baru ini perlu diambil tindakan segera.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, tindakan perkauman bersifat diskriminasi yang boleh menggugat keharmonian masyarakat majmuk sama sekali tidak boleh diterima.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, tindakan perkauman bersifat diskriminasi yang boleh menggugat keharmonian masyarakat majmuk sama sekali tidak boleh diterima.

Pencipta AstraZeneca, GAVI terima Hadiah Keamanan Sunhak 2022
Pengiktirafan tersebut diberikan atas sumbangan signifikan yang diberikan mereka dalam membantu dunia menghadapi pandemik COVID-19.

COVAX agih lebih 1 bilion vaksin COVID-19 - WHO
WHO dalam satu kenyataan pada Ahad menjelaskan 36 negara anggota menyaksikan kadar vaksinasi kurang 10 peratus.

Vaksin Sinopharm, Sinovac masuk senarai pemerolehan COVAX
Ketua Eksekutif GAVI, Seth Berkley berkata, ia akan membolehkan lebih banyak vaksin disediakan kepada anggota COVAX.

Vaksin COVID-19: Malaysia sertai COVAX bagi dapatkan bekalan vaksin
Malaysia disahkan akan menyertai pelan peruntukan vaksin COVID-19 (COVAX) bagi mendapatkan sebahagian daripada bekalan vaksin COVID-19.