awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Superkomputer ramal Liverpool mudah atasi Burnley

Sinar Harian
Sinar Harian
14/09/2025
00:00 MYT
Superkomputer ramal Liverpool mudah atasi Burnley
Alexander Isak berpotensi diberi peluang untuk membuat penampilan pertama bersama Liverpool di Turf Moor malam ini. - Foto Agensi/Sinar Harian
LIVERPOOL dijangka mengekalkan rentak sempurna dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila melawat Turf Moor untuk berdepan Burnley malam ini (9 malam waktu Malaysia).
Skuad bimbingan Arne Slot memulakan kempen dengan langkah kanan, meraih kemenangan ke atas Bournemouth, Newcastle United dan Arsenal, sekali gus meningkatkan keyakinan mereka untuk mempertahankan kejuaraan.
Namun, Slot tetap mengingatkan anak buahnya agar tidak leka selepas rehat antarabangsa yang berpotensi menjejaskan momentum.
Pemain baharu, Alexander Isak yang dibawa masuk pada hari terakhir jendela perpindahan masih belum beraksi musim ini.
Kedudukannya dalam kesebelasan utama kekal menjadi tanda tanya, manakala Liverpool dijangka mengekalkan barisan sama yang menewaskan Arsenal hasil jaringan sepakan percuma menakjubkan Dominik Szoboszlai.
Menurut ramalan Superkomputer Opta, Liverpool mempunyai 69 peratus peluang untuk meraih kemenangan, berbanding hanya 13.9 peratus milik Burnley, manakala seri dianggarkan sekitar 17.1 peratus.
Slot boleh menjadikan kemenangan ke atas Arsenal sebagai tonik keyakinan, khususnya selepas barisan pertahanan yang diketuai Virgil van Dijk dan Ibrahima Konate berjaya menutup setiap ruang serangan lawan meskipun kecederaan memaksa perubahan drastik di posisi bek sisi.
Namun, pertembungan menentang Burnley tetap mengandungi risiko kerana The Clarets yang baru dinaikkan pangkat ke EPL beraksi tanpa tekanan menjadikan mereka berani mencuba sesuatu di luar jangkaan.
“Inilah senario yang sering memerangkap pasukan pencabar kejuaraan, di mana mereka keciciran mata dalam aksi menentang pasukan bawahan.
“Atas sebab itu, Slot perlu memastikan anak buahnya tampil dengan intensiti sama seperti ketika menentang pencabar utama, agar rekod sempurna Liverpool kekal utuh dan misi mempertahankan takhta liga tidak terganggu,” menurut analisis disiarkan di The Mirror. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Liverpool
#Liga Perdana Inggeris
#Alexander Isak
#Burnley
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan