Menteri Belia dan Sukan tidak gembira dengan pencapaian Tim Newenham selaku Pengarah Program Podium susulan kegagalan Malaysia mencapai sasaran kedudukan 10 teratas dalam dua temasya iaitu Sukan Komanwel 2018 Gold Coast dan Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang.
Katanya, program itu telah berbelanja begitu besar namun tidak mampu menjelmakan setiap emas yang disasarkan kepada para atlet yang berada di bawahnya.
“Secara peribadi, saya tak gembira dengan pencapaian Pengarah Program Podium kita (Tim).
“Seperti yang saya telah tekankan, saya tidak menyalahkan atlet kerana mereka sudah buat sehabis daya. Walaupun kita berjaya capai sasaran minimum iaitu tujuh emas, kita kena ingat bahawa sasaran Podium adalah mencapai kedudukan 10 teratas,” tegasnya.
Antara matlamat utama kewujudan Program Podium adalah untuk meletakkan negara dalam kelompok 10 negara terbaik di Sukan Asia 2018.
Program elit atlet potensi emas itu dipimpin Tim yang berasal dari Australia sejak penubuhannya pada 2016, yang turut menerima peruntukan lebih RM75 juta menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) daripada bajet tahun tersebut.
Setakat ini, lebih RM65 juta telah dibelanjakan namun daripada 13 jenis sukan yang berada di bawah program itu, hanya empat emas berjaya dijelmakan.
“Untuk kita kata bahawa kita patut tepuk tangan kerana capai sasaran minimum, saya rasa kita tak berlaku adil kepada rakyat Malaysia (dan semua pihak) yang telah melaburkan berpuluh juta Ringgit dan juga kepada para atlet yang telah dedikasikan masa dan keringat untuk bangunkan sukan negara.
Bercakap ketika sidang media rumusan pasca Sukan Asia 2018 di Menara KBS di sini hari ini, beliau mengumumkan pelan tindakan untuk merencana masa depan sukan negara yang lebih baik.
Antaranya menggesa kajian semula terhadap keberkesanan program latihan yang dirancang pihak Podium, mengarahkan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) mengadakan ‘post-mortem’ dengan segera untuk mengenal pasti kelemahan dan isu-isu berbangkit supaya Program Podium sedia ada dapat ditambah baik dari aspek pengurusan dan pengendalian latihan.
Beliau turut memaklumkan bahawa satu pertemuan dengan semua pihak terlibat dan pemegang taruh termasuk Majlis Olimpik Malaysia (OCM) dan para persatuan sukan kebangsaan (PSK) dijangka diadakan minggu depan, yang mana beliau turut mengalu-alukan kehadiran pengkritik sukan untuk bersama mencari penyelesaian terhadap permasalahan yang melanda sukan negara.
“Ada banyak benda yang perlu dilakukan tetapi ingin sekali lagi saya tegaskan, kita tidak boleh menyalahkan satu pihak sahaja. Apa sahaja kegagalan dalam sukan, ia sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama iaitu kementerian, persatuan, MSN, ISN dan sebagainya.
“Kita kena akui kesilapan dan masalah kita, cari titik pertemuan dan selepas ini kena mara ke hadapan bersama,” tegasnya.
Daripada laporan dan pertemuan itu, beliau turut mengumumkan pelaksanaan Program Latihan ke Arah Tokyo 2020 (Road to Tokyo 2020), serta Program Penyediaan Atlet ke Arah Sukan Asia Huanzhou dan Sukan Komanwel Birminghan 2022.
Israr Khalid
Tue Sep 04 2018
Adakah kedudukan Newenham dalam Program Podium akan terjejas? - Bernama
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Lelaki sindrom Down melecur disimbah air panas dalam lif
Seorang lelaki sindrom Down melecur di bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
200 pelajar IKTBN disasar sertai kursus EV menjelang 2025
Langkah ini sejajar hasrat kerajaan yang ingin menarik pelaburan mencecah ke paras RM40 bilion.
Akademi Kenegaraan koordinasi, tumpu bina negara bangsa
Akademi Kenegaraan yang dahulunya dikenali sebagai i-LEAD dipindahkan di bawah JPM sejak 1 Jan lepas bertujuan memusatkan modul latihan kenegaraan serta kepimpinan di bawah satu agensi.
Malaysia tolak tawaran jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
KBS mengumumkan keputusan Kerajaan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.
Sukan Komanwel: KBS jamin semua aspek dibincang terperinci dalam Mesyuarat Kabinet Jumaat ini
"Kita memang mengambil perspektif daripada semua pihak yang telah menghubungi, yang telah menulis dalam media sosial, dan telah baca semuanya."
Penganjuran Sukan Komanwel 2026 dibincang di Kabinet minggu depan - Hannah
Keputusan sama ada Malaysia akan menganjurkan Sukan Komanwel 2026 atau tidak, dijangka dibawa untuk perbincangan di Kabinet pada minggu depan, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Malaysia mempunyai 16,228 pemain pelapis bola sepak - Adam Adli
Di sebalik kebimbangan kehilangan bakat muda, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebenarnya sedang giat menyediakan platform bagi mencari bakat baharu bola sepak negara.
Kerajaan akan pastikan SOP sukan berisiko tinggi sentiasa dipatuhi - Adam Adli
KBS juga akan memastikan kerjasama lebih rapat dengan Majlis Sukan Negeri selepas ini agar setiap SOP berkaitan penganjuran sukan berisiko tinggi dipertingkatkan.
KBS cadang stadium utama di semua negeri dinaik taraf
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mencadangkan supaya stadium utama di semua negeri dinaik taraf, dengan memanfaatkan peruntukan bantuan geran RM500,000 daripada Kerajaan Persekutuan.
Isu tajaan: KBS tambah baik kod sukan selamat - Hannah
Hannah berkata kementerian bertegas tidak akan berkompromi dengan isu berkenaan kerana ia mampu mendatangkan kebimbangan kepada banyak pihak.