awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 1.53 juta daftar undi pos bagi pilihan raya umum Bangladesh
China perketat kawalan eksport barangan dwiguna ke Jepun
NASA sahkan objek pertama tanpa bintang dan didominasi jirim gelap di alam semesta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sze Fei-Nur Izzuddin rangkul juara Terbuka AS 2023

Bernama
Bernama
17/07/2023
01:30 MYT
Sze Fei-Nur Izzuddin rangkul juara Terbuka AS 2023
Pasangan pilihan ketiga kejohanan itu, hanya memerlukan 30 minit untuk mengetepikan cabaran pasangan pilihan ketujuh kejohanan dari Taiwan. - Foto Facebook/Badminton Association of Malaysia
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berjaya merangkul gelaran pertama mereka tahun ini selepas muncul juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2023, pada Ahad.
Pasangan pilihan ketiga kejohanan itu, hanya memerlukan 30 minit untuk mengetepikan cabaran pasangan pilihan ketujuh kejohanan dari Taiwan, Lee Fang-Chih-Lee Fang-Jen, 21-9 dan 21-10 pada aksi final yang berlangsung di Pusat Mid-America, Council Bluffs, Iowa.
Terbuka AS ini merupakan kejohanan pertama buat pasangan ke-53 dunia itu, selepas mereka berpisah pada Februari tahun ini, dan kembali bersama bulan lepas.
Kemenangan ini sekali gus menyaksikan mereka memecah kebuntuan tanpa gelaran selama lebih setahun selepas kali terakhir ia dilakukan pada Terbuka Jerman 2022, apabila menewaskan pasangan dari China Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi, 23-21, 16-21, 21-14.
Sze Fei-Nur Izzuddin meraih AS$16,590 (RM77,562), susulan kemenangan dilakar mereka manakala naib juara Fang-Chih-Fang-Jen, memperoleh AS$7,980 (RM37,308).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
#Terbuka AS
#beregu lelaki negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan