Lebih 1.53 juta daftar undi pos bagi pilihan raya umum Bangladesh

Pasukan keselamatan berkawal di hadapan bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya Bangladesh di Dhaka. - Gambar Reuters
DHAKA: Seramai 1,533,682 pengundi telah mendaftar untuk membuang undi melalui pos bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 Bangladesh serta referendum yang dijadualkan berlangsung pada 12 Feb, lapor Xinhua.
Menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya yang dikeluarkan pada Selasa, proses pendaftaran melalui aplikasi "Postal Vote BD" berakhir pada tengah malam Isnin.
Suruhanjaya itu turut memaklumkan, lebih 127 juta pengundi telah didaftarkan untuk pilihan raya berkenaan, yang merupakan kali pertama pendaftaran dibuat sejak bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina meletak jawatan dan meninggalkan negara itu pada Ogos 2024.
Pilihan Raya Umum ke-13 Bangladesh menyaksikan penyertaan besar dengan seramai 2,568 calon bertanding.
Sebahagian besar calon terdiri daripada parti politik, dengan 51 parti menaja 2,090 calon, manakala 478 lagi bertanding sebagai calon bebas.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


