awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN gerakkan semua agensi berkaitan banteras pemalsuan MyKad
Iran tegaskan suasana kembali aman, tolak naratif palsu berita luar
KPKT umum RM3 juta bina enam Taman MADANI di Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sze Fei-Nur Izzuddin tersingkir, Wei Chong-Kai Wun bakal cabar Won Ho-Seung Jae

Bernama
Bernama
29/08/2025
02:00 MYT
Sze Fei-Nur Izzuddin tersingkir, Wei Chong-Kai Wun bakal cabar Won Ho-Seung Jae
Goh Sze Fei (kiri) dan Nur Izzuddin Rumsani menamatkan kempen Kejohanan Dunia 2025 di Paris dengan kekecewaan setelah mengalami kekalahan mengejut pada pusingan ketiga pada Khamis. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menamatkan kempen Kejohanan Dunia 2025 di Paris dengan kekecewaan setelah mengalami kekalahan mengejut pada pusingan ketiga pada Khamis.
Pasangan pilihan ketiga itu dipaksa beraksi sehingga set penentuan sebelum tewas 20-22, 21-15, 21-23 kepada gandingan pilihan ke-16 dari Taiwan Lee Jhe-Huei dan Yang Po-Hsuan dalam perlawanan sengit selama 50 minit di Adidas Arena.
Jhe-Huei-Po-Hsuan akan bertemu beregu China Chen Bo Yang-Liu Yi pada suku akhir hari ini selepas menyingkirkan Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dari Denmark dengan 21-17, 22-20.
Berbeza pula dengan nasib satu lagi beregu negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang juga pilihan ketujuh, apabila menepati ramalan mara ke suku akhir hasil daripada kemenangan 21-18, 21-18 menentang pasangan England, Ben Lane-Sean Vendy.
Mereka bakal berdepan cabaran besar kerana akan berdepan pilihan utama kejohanan yang juga beregu nombor satu dunia, Kim Won Ho-Seo Seung Jae.
Gandingan Korea Selatan itu bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menundukkan Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana dari Indonesia, 17-21, 21-9, 21-4.
Wei Chong-Kai Wun kini akan bergandingan bersama bekas juara 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah dan dua lagi beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, dalam perlawanan suku akhir pada Jumaat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Kejohanan Dunia 2025
#Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
#kalah mengejut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan