Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-70.
- Anwar turut mendoakan kesejahteraan, keafiatan serta rahmat Allah SWT kepada Sultan Nazrin, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim dan kerabat diraja.
- Sultan Nazrin dimasyhurkan sebagai Sultan Perak ke-35 pada 29 Mei 2014, menggantikan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersempena dengan ulang tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-70 hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut mendoakan agar Sultan Nazrin, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim serta seluruh kerabat diraja sentiasa dikurniakan keafiatan dan dilimpahi rahmat serta hidayah Allah SWT.
Beliau turut mendoakan agar baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.
"Dirgahayu Tuanku," menurut hantaran itu.
Sultan Nazrin dimasyhurkan sebagai Sultan Perak ke-35 pada 29 Mei 2014, menggantikan ayahanda baginda Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.
-- BERNAMA