Skip to main content

Sukan

Terbuka Korea Selatan: Pemenang emas Sukan Asia 2026 singkir Pang Ron-Pei Jing

Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing (gambar) tersingkir di suku akhir Terbuka Korea Selatan selepas tewas kepada Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin. - Foto Astro ARENA
Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing (gambar) tersingkir di suku akhir Terbuka Korea Selatan selepas tewas kepada Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin. - Foto Astro ARENA
Advertisement

BEREGU campuran negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing, terpaksa akur terkandas dalam pusingan suku akhir, Terbuka Korea Selatan selepas tewas kepada wakil China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, di Stadium Jinnam, hari ini.

Kejohanan yang berstatus Super 500 itu menyaksikan Pang Ron-Pei Jing memberikan saingan sengit sebelum tewas dalam aksi straight set, 14-21,18-21 kepada pilihan pertama kejohanan itu dalam tempoh 32 minit pertarungan.

Semalam, wakil negara di ranking ke-15 dunia itu mengatasi gandingan tuan rumah, Jin Sung Ik-Lee Seung Hee, untuk mara ke suku akhir semalam.

Must Watch Video

Advertisement