KUALA LUMPUR: Kekalahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan akhir Piala Malaysia dua hari lalu disifatkan pemiliknya, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, sebagai wake-up call (peringatan) untuk bangkit menjadi pasukan yang lebih baik pada musim akan datang.
Juara Liga Super lapan musim berturut-turut itu bakal kembali berbelanja dan mempergiatkan persiapan pra musim mereka dengan menjalani latihan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
"Saya rasa untuk tiga musim terakhir ini, kami menjadi terlalu selesa, terlalu yakin dan kami tidak mengeluarkan belanja untuk skuad.
"Tetapi kini selepas apa yang terjadi, kami akan mula berbelanja semula kerana kami sudah dicabar. Ia akan menjadikan kami lebih bermotivasi untuk bertanding tahun hadapan.
"Saya anggap kekalahan adalah positif untuk JDT. Kami akan menjadi lebih obses untuk memperbaiki kesilapan kami dan menguatkan lagi pasukan ini," katanya dalam kemas kini di akaun media sosial Johor Southern Tigers.
Tunku Ismail juga merakamkan ucapan terima kasih buat penyokong dan pemain serta barisan kejurulatihan pasukan itu yang mencipta sejarah sebagai satu-satunya kelab yang memenangi kejuaraan liga lapan musim berturut-turut dan layak ke AFC Champions League (ACL).
"Saya baru ingat hendak berehat daripada terbabit dalam bola sepak tahun depan. Tapi apa yang berlaku membuatkan saya tidak jadi berehat.
"Seperti yang saya pernah katakan a wounded Tiger is always eager to bounce back (harimau yang luka akan kembali mengaum)," tulis Tunku Ismail.
Madiha Abdullah
Thu Dec 02 2021
Tunku Ismail juga merakamkan ucapan terima kasih buat penyokong dan pemain serta barisan kejurulatihan pasukan itu. - @hrhcrownprinceofjohor
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Tak jadi berehat, TMJ anggap kekalahan JDT di Piala Malaysia 'wake-up call'
JDT bakal kembali berbelanja dan mempergiatkan persiapan pra musim mereka.
TMJ digantung 6 bulan, denda RM18,000
Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah digantung enam bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak, serta didenda RM18,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM berkuat kuasa hari ini.