Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah digantung enam bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak, serta didenda RM18,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM berkuat kuasa hari ini.

Baginda didapati bersalah melanggar Artikel 88 Statut FAM edisi 2010-2014 serta mengkritik mutu pengadilan dalam Liga Malaysia.

Jawatankuasa tatatertib FAM hari ini telah bermesyuarat bagi membincangkan hukuman yang dikenakan kepada Tunku Ismail.

Untuk butiran lanjut, ikut laporan editor sukan Astro Awani, Fadzrie Hazis.