awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
USJT Bukit Aman ambil alih siasatan laporan bekas PTD - Ketua Polis KL
Selangor catat RM3.021 bilion kutipan hasil negeri pada 2025 - Menteri Besar
3 mayat ditemukan selepas letupan kilang makanan di tengah Greece
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tat Meng terharu sokongan Hannah, MSN

Bernama
Bernama
24/10/2025
14:30 MYT
Tat Meng terharu sokongan Hannah, MSN
Tat Meng menyatakan rasa terharu dengan keprihatinan diberikan Hannah dan MSN. - Gambar Facebook Tat Meng Wong
KUALA LUMPUR: Bekas jurulatih kebangsaan Wong Tat Meng merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh atas sokongan diberikan kepada beliau yang kini sedang menjalani pemulihan di Australia.
Menerusi hantaran di Facebook, Tat Meng menyatakan rasa terharu dengan keprihatinan diberikan Hannah dan Majlis Sukan Negara (MSN).
"Terima kasih yang tulus ikhlas kepada YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, serta Majlis Sukan Negara (MSN) atas kiriman bunga dan ucapan yang penuh perhatian.
"Saya amat terharu menerima sokongan ini walaupun sedang menjalani pemulihan di Australia. Sokongan anda semua memberi semangat untuk saya terus kuat dan pulih sepenuhnya," katanya.
Sementara itu, Hannah dalam kenyataan hari ini berkata penghargaan kecil itu adalah tanda sokongan dan ingatan terhadap jasa Tat Meng kepada arena sukan negara.
"Saya mahu Tat Meng tahu bahawa beliau tidak bersendirian, tidak dilupakan dan Malaysia menghargai sumbangan beliau kepada sukan serta mahu melihat beliau segera pulih. Pemberian kecil ini adalah tanda sokongan untuk menaikkan semangat beliau," katanya.
Pada 7 Sept lepas, jurulatih berusia 58 tahun itu dilaporkan terlibat dalam nahas selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah motosikal di Putty Road, Garland Valley.
Selain pasukan kebangsaan, Tat Meng juga pernah membimbing pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia hingga berjaya meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 sebelum berpisah pada Disember lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#Majlis Sukan Negara
#Sukan Olimpik Paris 2024
#pingat gangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan